Kami Pasukan Underdog, Anda Semua Lagenda – Luah TMJ

Semalam satu luahan telah dibuat oleh pemilik Kelab Bolasepak JDT menerusi kemaskini terbaru facebook fanpage Johor Southern Tigers mereka mengatakan bahawa mereka pada tahun ini adalah pasukan “underdog”.

Pada tahun ini, JDT hanyalah sebuah pasukan ‘underdog’. Tidak perlulah semua perkara sehinggakan surat khabar,…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 30 January 2019

“Pada tahun ini, JDT hanyalah sebuah pasukan ‘underdog’. Tidak perlulah semua perkara sehinggakan surat khabar, media-media, laman-laman sukan tidak rasmi, pasukan-pasukan termasuklah para pemain dari pasukan lain asyik bercakap mengenai JDT sahaja.

Banyak lagi pasukan dalam negara ini. Jadi tidak perlu risaukan kami kerana kami hanyalah pasukan ‘underdog’ dan awak semua lagenda. Kami hanya kelab kecil yang bercita-cita tinggi.”

Namun tidak dapat dipastikan apakah tujuan dan hasrat TMJ menulis sedemikian, adakah ianya dibuat untuk tujuan psyco pihak lawan atau mereka (JDT) ingin menjadi pasukan yang suam-suam kuku dalam media tetapi super power dalam permainan.

JDT pada kali ini melabur luar biasa, selain mempunyai barisan pemain muda dan berpengalaman. Mereka dijangka sekali lagi memenangi Liga Super yang telah dimenangi mereka sebanyak 5 kali.

Antara pemain yang menjadi tumpuan adalah seperti pemain Akhyar Rashid yang mana perpindahannya sangat berkontroversi, maka ramai peminat bolasepak ingin lihat sama ada pemain ini benar-benar mampu untuk bermain didalam pasukan utama atau hanya sekadar memanaskan bangku simpanan.

Jika dilihat daripada Pre-season mereka, AKhyar banyak mendapat tempat bermain berbanding direhatkan ditepi padang.

Related Posts

Add Comment