Bekas Import Kedah Liridon Krasniqi Sah Sertai Melaka United. Desas desus membabitkan bekas pemain import Kedah FA, Liridon Krasniqi tentang perpindahannya ke pasukan Liga Malaysia akhirnya terjawab dimana Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengucapkan selamat datang kepada Liridon Krasniqi yang sah akan bersama Melaka United bagi saingan Liga Malaysia 2019.
Sebelum ini ura-ura mengatakan Liridon yang berasal dari Kosovo bakal sertai Pahang FA dan juga Johor Darul Ta’zim. Tetapi, kehadiran Liridon ke Melaka United telah disahkan sendiri oleh laman rasmi Melaka United. Kehadiran beliau ke Melaka United menyaksikan akan kembali bekerjasama dengan bekas jurulatihnya ketika di Kedah, Nidzam Adzha Yusof dan dijangka mampu memperkuatkan bahagian serangan Skuad Hang Tuah.
Bekas Import Kedah Liridon Krasniqi Sah Sertai Melaka United
Ketika ini, Melaka United mempunyai pemain tengah yang berpengalaman iaitu Safiq Rahim dan juga pemain import baharu Melaka United, Casagrande. Liridon menjadi antara watak penting ketika membantu pasukan Kedah FA menjuarai Piala Malaysia pada 2016 dan juga membantu Kedah FA mendaki ke Liga Super 2016.
Sepanjang kariernya bersama Kedah pernah menerima Anugerah Pemain Asing terbaik Liga Malaysia buat dua tahun berturut-turut pada 2016 dan 2017. Dengan kehadiran Liridon sudah pastinya akan memperkuatkan lagi jentera serangan Melaka United.
Sejauh mana gandingan Liridon dan Casagrande mampu menggerunkan setiap lawan Melaka United sepanjang Liga Malaysia musim ini?
Kredit Foto : FB Melaka United