MFL Lancar Logo Baharu dan MFL Mobile Apps

MFL Lancar Logo Baharu dan MFL Mobile Apps. Menerusi laman sosial Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pelancaran logo baharu dan aplikasi mobile. Menurut MFL, logo baharu itu dipilih sendiri oleh Pengerusi MFL, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merangkumi bentuk bulat mewakili bola. Bentuk Heksagon atau segi enam melambangkan enam pertandingan yang dikendalikan oleh MFL iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran (Challenge Cup).

MFL Lancar Logo Baharu dan MFL Mobile Apps

MFL Lancar Logo Baharu dan MFL Mobile Apps

Bulan dan bintang berbucu 14 pula diinspirasikan daripada Jalur Gemilang melambangkan Malaysia. Selain itu juga, pihak MFL turut mengumumkan kemasukan dua penaja baharu iaitu AirAsia dan Maybank termasuk Unifi, iFlix, Shopee, Nike dan 100PLUS.

MFL Lancar Logo Baharu dan MFL Mobile Apps

Logo MFL Baharu

Badan pengendali liga domestik itu turut melancarkan aplikasi telefon pintar baharu iaitu MFL Mobile Apps yang akan memberikan berita terbaru, perlawanan, keputusan, pembelian tiket, statistik perlawanan permainan ‘Football Manager Liga Malaysia’ kepada para peminat bolasepak di Malaysia.

Applikasi MFL ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store bermula 23 Januari 2019 nanti.

Kredit Foto : MFL

Related Posts

Add Comment