Jadual Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 (Final)

Jadual Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 (Final) | Teka-teki pasukan yang mana layak ke peringkat akhir Piala Dunia 2018? Akhirnya terjawab dimana daripada 32 pasukan yang bertanding dalam Kejohanan Piala Dunia 2018, kini hanya tinggal 2 pasukan yang akan berentap dalam pentas final World Cup 2018. Lengkap pusingan separuh akhir bolasepak dalam Piala Dunia 2018 dimana pasukan Perancis dan Croatia telah menempah slot ke peringkat akhir. Perlawanan akhir Piala Dunia 2018 dijangka akan berlangsung pada 15 Julai 2018. Berikut adalah jadual perlawanan akhir Piala Dunia 2018.

Jadual Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 (Final)

Berdasarkan prestasi semasa, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing untuk menjulang trofi Piala Dunia 2018. Jika dilihat daripada pasukan France di bawah kendalian pengurus, Didier Deschamps tidak mengalami sebarang kekalahan sepanjang beraksi dalam Kejohanan Piala Dunia 2018. Manakala, pasukan Croatia masih kental bertahan dengan memenangi ke semua perlawanan dalam kejohanan ini. Mampukah kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang membanggakan?

Jadual Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 (Final)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang membabitkan Perancis menentang Croatia :

Jadual dan Keputusan Akhir Piala Dunia 2018

Berikut adalah jadual perlawanan dan keputusan terkini Piala Dunia 2018 dalam peringkat akhir :

Juara Piala Dunia 2018

15 Julai 2018 (Ahad)

11.00 PM waktu Malaysia

🇨🇵 FRANCE vs CROATIA 🇭🇷

Stadium Luzhniki

Tempat Ketiga/ Keempat Piala Dunia 2018

14 Julai 2018 (Sabtu)

10.00 PM waktu Malaysia

🇧🇪 BELGIUM vs ENGLAND 🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿

Stadium Saint Petersburg

Semoga perkongsian jadual akhir Piala Dunia 2018 ini dapat dijadikan rujukan buat peminat bolasepak di Malaysia. Selamat menonton siaran langsung final Piala Dunia 2018 di saluran RTM dan Astro.

Related Posts

Add Comment