FAM Setuju Cadang Wondergoal Syahmi Safari Dicalonkan ke Anugerah Puskas 2019

FAM Setuju Cadang Wondergoal Syahmi Safari Dicalonkan ke Anugerah Puskas 2019. Masih kah anda ingat jaringan cantik daripada Syahmi Safari dalam aksi Separuh Akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018? Menerusi makluman terkini daripada laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah mencapai persetujuan untuk mencadangkan gol Syahmi Safari dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 pada 5 Disember 2018 lalu ini akan dicalonkan ke Anugerah Puskas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2019.

Dengan keputusan itu, FAM akan menghantar surat rasmi kepada FIFA bagi mencadangkan gol dijaringkan Syahmi Safari menerusi satu gerakan berpasukan dapat tersenarai sebagai salah satu calon dalam Anugerah Puskas. Cadangan pencalonan ini memastikan pihak FIFA mendapat khabar tahu tentang jaringan itu untuk mereka menyenaraikan gol tersebut.

FAM Setuju Cadang Wondergoal Syahmi Safari Dicalonkan ke Anugerah Puskas 2019

FAM berharap jaringan itu tersenarai sebagai salah satu daripada 10 calon dalam Anugerah Puskas 2019. Hal ini, berdasarkan keunikan gol yang terhasil menerusi tujuh hantaran melibatkan tujuh pemain bermula daripada penjaga gol, Farizal Marlias sebelum disudahkan dengan sepakan kaki kanan menarik oleh Syahmi Safari.

Sebagai rekod, FAM juga pernah mencadangkan jaringan gol bekas pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri kepada FIFA, namun tuah kepada pemain Malaysia itu dimana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016.

Jaringan freekick yang lencong daripada Faiz Subri sememangnya diduga untuk memenangi anugerah Puskas itu hasil daripada undian rakyat Malaysia dan seluruh warga dunia.

Bagi peminat bolasepak Malaysia, anda bersetuju jaringan Syahmi dicalonkan dalam Anugerah Puskas FIFA 2019?

Kredit Foto / Sumber : FAM

Related Posts

Add Comment