Aarón Niguèz Masih di Malaysia, Adakah Diturunkan ke JDT II?

Aarón Niguèz Masih di Malaysia, Adakah Diturunkan ke JDT II? Aarón Niguèz antara pemain import baharu JDT yang dibawa masuk untuk saingan Liga Malaysia 2019. Kemasukan beliau sangat dinanti-nantikan dan sudah pasti untuk mempersiapkan pasukan JDT bagi mengharungi Liga Juara-Juara AFC 2019. Namun kedatangan Aaron ke pasukan Harimau Selatan tidak lama apabila beliau diumumkan keluar daripada kelab itu.

Memetik sumber daripada kenyataan laman sosial Johor Southern Tigers, pengendali Johor Darul Ta’zim, Luciano Figueroa mengucapkan terima kepada Aarón Niguèz kerana menjadi sebahagian daripada skuad JDT yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019.

Aarón Niguèz Masih di Malaysia, Adakah Diturunkan ke JDT II?

Hal ini kerana ketua jurulatih JDT merasakan pasukan kendaliannya perlu membuat perubahan taktikal untuk mengukuhkan skuad tersebut. Ternyata Leandro Velazquez adalah pengganti baharu Aarón yang akan memperkuatkan jentera tengah Johor Darul Ta’zim.

Namun menerusi laman Instagram dan Facebook Aarón Niguèz, menunjukkan beliau masih ada di Malaysia. Terdapat beberapa gambar yang memaparkan Aaron masih menjalani latihan di JDT Training Taman Mawar. Persoalannya adakah Aarón akan diturunkan ke Johor Darul Ta’zim II? Atau pun Aarón akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019?

Aarón Niguèz Masih di Malaysia, Adakah Diturunkan ke JDT II?

Mengikut tarikh perpindahan pemain fasa pertama Liga Malaysia 2019 telah ditutup dua minggu lalu. Tambahan pula, JDT II telah melengkapkan kuota pemain mereka untuk saingan Liga Premier musim 2019.

Sama-sama nantikan status Aarón Niguèz adakah masih bersama JDT!

Sumber : IG & FB Aarón Niguèz

Related Posts

Add Comment