JDT Kelab Terbaik ASEAN dan Tangga ke-28 Asia. JDT berada di kelas tersendiri dimana satu-satunya kelab dari Malaysia yang menduduki tangga ke-28 daripada 162 kelab terbaik seluruh Asia. Menerusi laman FootyRankings, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) disenaraikan antara pasukan Asia Tenggara dengan ranking tertinggi berdasarkan mata yang terkumpul oleh kelab-kelab dalam semua pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak 2016 sehingga Mac 2019 dan peratusan mata ‘Member Association’ (MA) Malaysia.
JDT Kelab Terbaik ASEAN dan Tangga ke-28 Asia
Menurut statistik oleh FootyRankings yang dikemaskini pada 13 Mac 2019, kelab Harimau Selatan kini berada di kedudukan kedua dalam senarai rantau ini di belakang kelab Australia, Sydney FC dengan pungutan mata 35.71.
JDT sebelum ini menduduki tempat ketiga di kalangan kelab Asia Tenggara pada November 2018 tetapi berjaya memintas pasukan Melbourne Victory dari Australia kerana pungutan mata dari dua perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) diambil kira.
JDT menduduki tangga ke-28 di Asia manakala Sydney FC di tangga ke 25 dan Melbourne Victory kini di kedudukan ke-30. Manakala, Kelab Thailand Buriram United dan Muangthong United berada ditangga ke-31 dan ke-40 masing-masing dan kelab dari Filipina, Ceres Negros menduduki tempat ke-32.
Home United pula dari Singapura menduduki tangga ke-48 adalah satu-satunya kelab Asia Tenggara yang lain dalam senarai 50 pasukan teratas Asia.
Sumber :
——