Lagenda Brazil Ronaldo Kagum Dengan Bolasepak JDT, Ingin Datang Kembali ke Larkin!

Lagenda Brazil Ronaldo Kagum Dengan Bolasepak JDT, Ingin Datang Kembali ke Larkin! Terpahat dalam sejarah bolasepak Johor Darul Ta’zim dihadiri oleh lagenda bolasepak Brazil, Ronaldo yang turun ke Larkin untuk menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara AFC 2019 antara JDT menentang Gyeognam FC termasuk melawat pusat latihan, fasiliti dan infrastruktur yang dimiliki JDT.

Menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers, Ronaldo berterima kasih kepada DYAM Tunku Ismail atas layanan yang diberikan dan penghormatan buat beliau mengetahui “struktur hebat kelab JDT dan projek JDT miliki untuk masa depan.”

Lagenda Brazil Ronaldo Kagum Dengan Bolasepak JDT, Ingin Datang Kembali ke Larkin!

Bekas pemenang anugerah Pemain Terbaik Dunia sebanyak 3 kali dan lagenda ‘Galastico’ Real Madrid ini juga meluahkan rasa kagum kagum dengan struktur dan projek masa depan dimiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Kenyataan ringkas ini diluahkan di laman Instagram milik Ronaldo yang turut disertakan gambarnya bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menurut katanya, “Kembali ke Madrid selepas dua hari yang sangat sibuk di Johor. Terima kasih Tunku Ismail. Ia satu perkara yang menggembirakan mengenali JDT yang bersaing di Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Lagenda Brazil Ronaldo Kagum Dengan Bolasepak JDT, Ingin Datang Kembali ke Larkin!

“Mengetahui struktur kelab yang hebat dan mengenai projek mereka miliki untuk masa depan. Harap dapat kembali lagi (ke JDT) selepas ini!,”

Kredit Foto /Sumber : Instagram Ronaldo, Johor Southern Tigers

Related Posts

Add Comment