Ini Alasan Jurulatih Gyeongnam FC, Selepas Skuadnya Bermandi Peluh!

Ini Alasan Jurulatih Gyeongnam FC, Selepas Skuadnya Bermandi Peluh! Selepas keputusan seri 1-1 antara Johor Darul Ta’zim dengan Gyeongnam FC di Larkin. Pengendali Gyeongnam FC, Kim Jong-pu yang sebelum ini tampak ego dan berkata akan menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mudah. Kim Jong-pu terpaksa menelan kata-kata itu apabila skuadnya dipaksa bermandi peluh untuk membawa pulang satu mata dalam saingan kedua Liga Juara-Juara Asia 2019.

Kegagalan skuad kendaliannya untuk mengutip 3 mata diperisukan pula dengan pelbagai alasan. Faktor perjalanan yang jauh menyebabkan barisan pemainnya gagal mempamerkan aksi terbaik selepas sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Ta’zim.

Ini Alasan Jurulatih Gyeongnam FC, Selepas Skuadnya Bermandi Peluh!

Menurut kata Kim Jong-pu, “Memang kami datang ke Larkin untuk mengutip tiga mata. Tetapi kami terpaksa mengharungi aksi liga di Korea yang menyebabkan pemain utama saya mengalami kecederaan malah pemain juga tampak keletihan.

“Kami juga terpaksa menempuh perjalanan yang jauh yang merupakan faktor utama pemain letih malah dalam perlawanan itu bahagian tengah kami tidak berfungsi dengan baik dan sering hilang posisi yang memboleh pemain JDT menguasai posisi itu.

Ini Alasan Jurulatih Gyeongnam FC, Selepas Skuadnya Bermandi Peluh!

Beliau berkata lagi, “Saya tidak berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Apapun saya akui JDT mempamerkan aksi terbaik dan kami tidak dibarisi pemain terbaik untuk mengimbangi kekuatan pasukan itu kerana barisan pemain saya tidak beraksi 100 peratus,”

“Kami kehilangan Takahiro Kunimoto yang tidak dapat beraksi akibat kecederaan dan Jordon Mutch tampak keseorangan di posisi tengah dan dia tidak dapat memberi persembahan terbaik tatkala kepenatan dan itulah punca kami tidak beraksi dengan baik.Mengenai sepakan penalti yang diberikan kepada JDT, saya tidak mahu komen lebih lanjut. Biar saya tengok rakaman video dulu,”

Dalam perlawanan itu, Gyeongnam FC membuka tirai jaringan pertama pada minit ke-52 menerusi bola tandukan Kwak Tae-hwi namun jaringan itu tidak bertahan lama apabila bekas penyerang Buriram United, Diogo Luis Santo bangkit menyamakan keputusan 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-67.

Ini Alasan Jurulatih Gyeongnam FC, Selepas Skuadnya Bermandi Peluh!

Menurut statistik selepas perlawanan berakhir, perlawanan itu berhak dimenangi oleh pasukan tuan rumah namun palang gol menjadi penghalang buat JDT untuk memburu tiga mata. Skuad JDT bakal bertemu dengan Shandong Luneng dalam saingan ACL 2019 selepas ini.

Kredit Foto : AFC Champions League, Gyeongnam FC

Sumber Dipetik : Harian Metro

Related Posts

Add Comment