Piala Sumbangsih 2019: Mehmet Akui JDT Pasukan Hebat dan Kuat

Piala Sumbangsih 2019: Mehmet Akui JDT Pasukan Hebat dan Kuat. Debaran Liga Malaysia musim 2019 kian terasa dimana rata-rata pasukan telah membuat persiapan rapi untuk memperkuatkan jentera mereka masing-masing. Menjelang perlawanan pertama Liga Malaysia 2019 iaitu Piala Sumbangsih yang melibatkan juara Liga Super 2018, Johor Darul Ta’zim dan Perak FA.

Piala Sumbangsih 2019: Mehmet Akui JDT Pasukan Hebat dan Kuat

Pasukan manakah akan menjadi pilihan untuk perebutan Piala Sumbangsih 2019 yang menjadi titik permulaan Liga Super Malaysia musim baharu. Menurut kalendar yang dikeluarkan oleh FMLLP, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu dengan pasukan Perak yang dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2019 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Piala Sumbangsih 2019: Mehmet Akui JDT Pasukan Hebat dan Kuat

Sebelum bermulanya Liga Malaysia 2019, pasukan JDT akan membuat persiapan dengan mengadakan perlawanan pra-musim di Thailand. Tidak ketinggalan juga pasukan Perak turut membuat persiapan rapi sebelum menjelang pertemuan dengan JDT. Namun kekuatan JDT yang diakui sendiri oleh ketua jurulatih Perak FA iaitu, Mehmet Durakovic menjadi pemangkin untuk pasukannya bersiap lebih awal.

Menurut katanya kepada Stadium Astro, “Johor pasukan hebat dan kuat serta berada dalam kelas tersendiri. Namun, kami akan berusaha sedaya-upaya untuk memberi saingan,”.

Mehmet Durakovic turut mahu memastikan pasukan kendaliannya akan memberikan tentangan yang hebat pada perlawanan tersebut. Katanya lagi, “Pasukan kini kembali lengkap dan kami merancang mengadakan perlawanan persahabatan selepas cuti tahun baru ini sebagai persediaan pra-musim apabila semua pemain pulang daripada bercuti,”.

Sudah pastinya kita ternanti-nanti perlawanan menarik antara Johor Darul Ta’zim menentang Perak FA pada perlawanan Piala Sumbangsih 2019.

Kredit Info : Foxsport Asia

Related Posts

Add Comment