Biodata Diogo Luis Santo Pemain Import Baharu JDT. Kini kelab Johor Darul Takzim telah melengkapkan lima pemain import untuk mengharungi musim hadapan. Terbaru menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers telah menandatangani bekas pemain import ternama daripada Buriram United, Diogo Luis Santo sah ke JDT musim 2019.
Diogo Luis Santo atau lebih dikenali sebagai Diogo merupakan pemain kelahiran Brazil dan bermain di bahagian penyerang. Pemain yang berusia 32 tahun adalah bekas pemain import Buriram United selama 3 musim. Menurut statistik, Diogo pernah bermain beberapa kelab ternama iaitu Portuguesa, Olympiacos F.C, Flamengo, Santos, Palmeiras dan Buriram United. Kemasukan Diogo sudah pasti untuk persiapan buat pasukan JDT beraksi di Liga Juara-Juara AFC 2019. Mampukah Diogo beraksi terbaik bersama JDT di Liga Malaysia musim 2019?
Biodata Diogo Luis Santo Pemain Import Baharu JDT
Berikut adalah biodata Diogo Luis Santo pemain import baharu pasukan Johor Darul Ta’zim musim 2019 :
Nama Penuh: Diogo Luis Santo
Nama Popular: Diogo
Asal: São Paulo, Brazil
Umur: 32 Tahun (2019)
Posisi: Penyerang
Ketinggian : 1.91m
Kelab Dahulu: Portuguesa, Olympiacos F.C, Flamengo (loan), Santos (loan), Palmeiras dan Buriram United
Kelab Sekarang: Johor Darul Takzim (2019)
Pengumuman Diogo Luis Santo Dari Portal Johor Southern Tigers
INFO BERKAITAN : Senarai Pemain Import JDT 2019
Semoga kehadiran Diogo Luis Santo dapat memperkuatkan jentera serangan pasukan Johor Darul Takzim dalam mengharungi Liga Malaysia dan Asia Champions League musim 2019.