Penyokong Kedah Jangan Cetus Provokasi, ‘Boo’ Akhyar Rashid

Penyokong Kedah Jangan Cetus Provokasi, ‘Boo’ Akhyar Rashid. Pemain muda kebangsaan, Akhyar Rashid bakal kembali ke Kedah bagi menghadapi pertembungan dengan bekas pasukan lamanya, Kedah pada malam ini. Kedah FA bakal menerima kunjungan kelab Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman. Menarik untuk saksikan bagaimana sambutan pemain bernilai RM12 juta ini di hadapan penyokong Hijau Kuning.

Masih jadi tanda tanya adakah Akhyar Rashid akan diturunkan dalam perlawanan ini? Tetapi jika pemain muda ini diturunkan ada kebimbangan dia akan menjadi mangsa provokasi dan ‘boo’ penyokong Kedah FA. Hal ini kerana Akhyar Rashid mahupun JDT diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan penyokong Kedah disebabkan perpindahan kontroversi pemain muda itu ke pasukan Harimau Selatan musim ini.

Penyokong Kedah Jangan Cetus Provokasi, ‘Boo’ Akhyar Rashid

Tambahan pula, isu perpindahan ini telah di bawa ke Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS). Meskipun begitu, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah, Asmirul Anuar Aris meminta penyokong Hijau Kuning supaya menjaga kelakuan dan tidak melakukan provokasi terhadap Akhyar jika dia beraksi.

Menurut kata Asmirul, “Ayuh tunjukkan satu semangat kesukanan yang tinggi meskipun kedua-dua pasukan termasuk pemain muda 19 tahun itu mempunyai kisah panas yang panjang. Kita nak 90 minit yang lancar tanpa provokasi, tidak perlulah kita menjadikan keadaan bertambah panas.”

Hal ini berikutan Presiden Kelab Penyokong Kedah Darul Aman (KEPDA), Nor Asmadi Hamzah meminta jurulatih Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora tidak menyimpan Akhyar Rashid dalam pertembungan antara JDT dengan Kedah malam ini. Penyokong-penyokong Kedah sudah pasti ingin melihat sejauh mana tahap permainan bekas pemain Kedah itu yang kini memiliki tanda harga RM12 juta.

Penyokong Kedah Jangan Cetus Provokasi, 'Boo' Akhyar Rashid

Kedah yang ketika ini ketinggalan lima mata di belakang JDT bakal turun tanpa pertahanan bertubuh sasa mereka, Renan Alves yang digantung perlawanan susulan kad merah diterima ketika menentang PKNS FC tempoh lalu.

Nantikan perlawanan ini yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman dan disiarkan secara langsung di saluran TV9.

Foto Kredit : JST, Kedah FA

Related Posts

Add Comment