Skuad Selangor ‘Comeback’ Dengan 3-2, Red Giants Hampakan City Boys

Skuad Selangor Comeback 3-2, Red Giants Hampakan City Boys. Pasukan Warga Kota bakal mengenakan jersi serba merah sebagai tuan rumah manakala Selangor FA akan memakai serba hijau pada perlawanan ini. Sepak mula perlawanan Derbi Lembah Klang bermula menyaksikan pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-5 oleh Syafwan Syahlan setelah menerima hantaran lintang cantik daripada Zaiful.

Skuad Selangor 'Comeback' Dengan 3-2, Red Giants Hampakan City Boys

Dengan jaringan daripada Syafwan, ini merupakan kali pertama Kuala Lumpur menjaringkan gol dalam separuh masa pertama musim ini. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan saling mengasak ke kubu masing-masing.

Skuad Selangor ‘Comeback’ Dengan 3-2, Red Giants Hampakan City Boys

Skuad Warga Kota melebarkan dua gol apabila penyerang pengalaman, Indra Putra Mahyuddin menjaringkan gol setelah hantaran Zaiful gagal dikeluarkan dengan baik oleh Taylor Regan. Selangor hampir menjaringkan gol daripada sepakan percuma Sandro da Silva namun diselamatkan oleh penjaga gol City Boys, Sharbinee Allawee. Tamat separuh masa pertama di Cheras dan pasukan Kuala Lumpur mendahului ketika ini dengan 2 gol.

Separuh masa kedua bermula, kawalan bola menarik daripada Syazwan Zainon dan susulan merembat bola namun tersasar. Red Giants cuba kembali dalam perlawanan ini dimana Sandro da Silva menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas beliau dikasari oleh Fitri Omar.

Skuad Selangor kendalian B. Sathinathan berjaya menyamai jaringan dua sama apabila Syazwan Zainon pula menjaringkan gol pada minit ke-77 setelah menerima hantaran baik dari Halim Saari.

Beberapa minit kemudian, skuad Red Giants membuat ‘Comeback’ apabila Amri Yahyah berjaya menanduk masuk ke pintu gol lawan hasil hantaran Sean Selvaraj yang gagal dikeluarkan oleh pertahanan Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan saling mengasak namun skuad Kuala Lumpur gagal mencari satu gol untuk menyamai keputusan.

Keputusan perlawanan berakhir 3-2 memihak kepada Selangor. Keputusan di luar jangkaan, Red Giants melakukan ‘comeback’ sempurna dengan menjaringkan 3 gol setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama bagi memberikan kemenangan pertama musim ini buat mereka.

Related Posts

Add Comment