Selangor Kecewakan Pahang Sekadar Satu Mata Di Kuantan

Selangor Kecewakan Pahang Sekadar Satu Mata Di Kuantan. Selangor bertandang ke Stadium Darul Makmur dengan misi untuk menebus kekecewaan setelah kalah besar 4-0 dengan PKNS FC minggu lalu. Manakala, Pahang pula hajat untuk mengutip 3 mata di halaman sendiri setelah seri 1-1 ketika bertemu Melaka United.

Pahang terlebih dahulu melakukan asakan ke kubu pelawat apabila Norshahrul Idlan Talaha hampir mencetak jaringan gol namun percubaan tersasar. Jaringan pertama akhirnya tiba dimana Wan Zaharulnizam Wan Zakaria berjaya menjaringkan gol pada minit ke-34.

Selangor Kecewakan Pahang Sekadar Satu Mata Di Kuantan

Skuad Tok Gajah juga hampir menambah satu jaringan gol lagi namun pemain import dari Vietnam, Michal Nguyen berjaya mematahkan bola dari pasukan tuan rumah. Babak pertama berakhir menyaksikan Pahang mendahului 1-0 ke atas The Red Giants.

Masuk babak kedua, tuan rumah lebih menguasai perlawanan dan kekentalan barisan pertahanan Tok Gajah yang dikemudikan oleh Herold Goulon membuatkan skuad Selangor buntu untuk merencanakan jaringan.

Namun, asakan bertali arus daripada Selangor akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-62 apabila Rufino Segovia berjaya menyambut hantaran lintang daripada Syazwan Zainon dan menghasilkan gol.

Selangor Kecewakan Pahang Sekadar Satu Mata Di Kuantan

Malang buat pasukan Pahang apabila Herold Goulon dilayangkan kad merah pada minit ke-72 kerana mengasari pemain import Selangor, Dos Santos. Perlawanan itu berkesudahan 1-1 di Kuantan.

Kredit Foto : MFL, Pahang FA

Related Posts

Add Comment