5 Pemain Import Yang Akan Menjadi Tumpuan Liga Malaysia 2019. Musim Liga Malaysia 2019 bakal bermula pada 1 Februari 2019. Sudah pasti semua pasukan tidak kira Liga Super mahupun Liga Perdana telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi saingan musim baharu. Dengan kemasukan pemain import sudah tentunya menambah kehangatan dan saingan buat pemain-pemain tempatan yang bakal bersaing untuk mengisi pemain utama dalam skuad masing-masing. Untuk musim baharu siapakah pemain import yang akan menjadi tumpuan?
5 Pemain Import Yang Akan Menjadi Tumpuan Liga Malaysia 2019
1. Sanjar Shaakhmedov (Terengganu FC)
Sanjar Shaakhmedov adalah pemain utama kebangsaan Uzbekistan antara pemain yang memiliki pengalaman luas di Liga Juara-Juara Asia. Beliau dibawa masuk oleh Irfan Bakti, jurulatih Terengganu FC selepas beliau sendiri menghantar pasukan ‘scouting’ ke negara tersebut untuk mencari gandingan baru bersama Lee Tuck dan Kipre di bahagian serangan.
Kehadiran pemain Uzbekistan ini yang pernah beraksi di Liga Juara Juara Asia sebelum ini bersama kelab lamanya Lokomotiv Tushkent sudah pasti menjadi antara pemain yang perlu diberi perhatian.
2. Diogo Luis Santo (JDT)
Diogo Luis Santo yang merupakan pemain kelahiran Brazil dan juga bekas penyerang utama Buriram United sudah pastinya menjadi antara pemain import tumpuan musim ini. Dengan pengalaman beliau ketika bersama Buriram United, menjadikan Diogo penggempur utama buat pasukan JDT untuk menghadapi saingan kejohanan domestik dan Liga Juara-Juara Asia. Ketika Diogo bersama Buriram telah menjaringkan sejumlah 132 gol dan menghasilkan 45 bantuan gol sepanjang 145 perlawanan keseluruhannya.
Dengan jaringan dan statistik permainan yang dimiliki oleh beliau ketika bersama Buriram juga seharusnya memberikan gambaran kepada pemain pertahanan dan penjaga gol pasukan lain bahawa Diogo antara pemain yang perlu diberi perhatian dan kawalan rapi.
3. Dickson Nwakaeme (Pahang FA)
Siapa tidak kenali Dickson Nwakaeme yang terkenal dengan jolokan ‘Orang Besi’ kembali semula ke Liga Malaysia musim ini bersama pasukan lamanya, Pahang. Beliau yang pernah membantu Pahang memenangi pelbagai kejuaraan bersama mereka pada musim 2014 dan 2015. Pemain yang berusia 32 tahun ini, memiliki gaya permainan yang agresif, susuk badan yang kental dan rekod jaringan yang cemerlang dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini, kehadiran Dickson sudah pastinya bakal menguatkan lagi barisan serangan Tok Gajah.
Pemain bekas kelab Perancis, Angers SCO pada musim 2016-2017 masih menjadi tanda tanya mampukah prestasinya seperti sebelum ini ketika bersama Pahang musim 2014.
4. Fernando Rodriguez (Kedah FA)
Fernando Rodriguez pemain kelahiran Spain antara pemain yang akan menjadi tumpuan musim ini. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di kelab Eropah ketika bersama Sevilla, Lucena FC, Jaén dan Cartagena. Dengan prestasi beliau yang konsisten ketika bersama Ceres–Negros dan kelab lamanya sebelum ini, Mitra Kukar sudah pastinya akan menjadi pengempur utama Kedah FA.
Beliau akan bergandingan bersama Jonathan Bauman di bahagian serangan pasukan Helang Merah untuk saingan Liga Malaysia 2019.
5. Rufino Segovia (Selangor)
Rufino Segovia yang kini telah berusia 33 tahun antara penyerang yang perlu diberikan perhatian musim ini dimana musim lalu beliau muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kempen Liga Super 2018. Dengan ketajaman dan gelicikan Rufino sekali lagi ditagih oleh peminat skuad The Red Giants untuk saingan musim baharu. Musim ini, penyerang berbisa dari Sepanyol bakal beraksi dengan pemain-pemain baru seperti Faiz Nasir, Syazwan Zainol, Nurhakim Isa dan juga import baharu dari Vietnam, Michal Nguyễn.
Setuju dengan pandangan pemain import ini?