AFC B-23: Malaysia Mudah ‘Jinakkan’ Filipina 3-0, Akhyar Jadi Hero Aksi Pembukaan!

AFC B-23: Malaysia Mudah ‘Jinakkan’ Filipina 3-0, Akhyar Jadi Hero Aksi Pembukaan! Skuad muda negara membuktikan mereka berada di prestasi terbaik dimana berjaya menewaskan Filipina 3-0 dalam Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Dalam perlawanan ini paling menjadi tumpuan ke arah pemain Johor Darul Ta’zim, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid yang diberi tanggungjawab untuk bermain pada perlawanan ini.

Separuh masa pertama, skuad Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee lebih melakukan serangan ke kubu gol lawan dimana pemain sensasi, Akhyar Rashid membuka jaringan awal pada minit ke-4. Skuad OKS lebih menguasai perlawanan menyaksikan pasukan Filipina tidak dapat melakukan serangan ke pintu gol Malaysia.

AFC B-23: Malaysia Mudah ‘Jinakkan’ Filipina 3-0, Akhyar Watak Penting Aksi Pembukaan!

Jika dilihat, Malaysia seharusnya menambah lebih banyak gol namun beberapa peluang yang diperoleh tidak disudahkan dengan baik. Namun, Akhyar Rashid membuktikan beliau layak digelar pemain yang bernilai RM12 juta dimana beliau mencetak gol kedua menerusi penyudah menggunakan tumit pada minit ke-31.

Selepas itu, sepakan sudut Safawi Rasid menggegar tiang gol Filipina pada minit ke-42 dan Hadi Fayyadh mensia-siakan peluang keemasan itu dimana percubaannya dalam situasi satu lawan satu dinafikan oleh penjaga gol Filipina, Michael Asong pada minit ke-45. Separuh masa pertama berkesudahan memihak kepada skuad muda kebangsaan.

Malaysia Mendominasi Perlawanan

Masuk separuh masa kedua, skuad Malaysia terus melakukan serangan dan terus mendominasi perlawanan ini. Hasrat Malaysia untuk menambah gol terus terbantut apabila palang menafikan percubaan tersebut yang dilakukan oleh pemain Pahang, Faisal Abdul Halim yang juga pemain gantian perlawanan itu. Namun, pemain itu menebus kekecewaannya apabila berjaya menjaringkan gol menarik selepas menggelecek penjaga gol dan pertahanan Filipina sebelum menyumbat masuk bola pada minit ke-83.

AFC B-23: Malaysia Mudah 'Jinakkan' Filipina 3-0, Akhyar Jadi Hero Aksi Pembukaan!

Perlawanan itu berakhir 3-0 memihak kepada skuad Malaysia. Selepas ini, Malaysia akan menentang Laos pada Ahad ini manakala China pula akan bertemu dengan Filipina dalam Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Foto Kredit : FAM

Related Posts

Add Comment