JDT Akan Bertemu Kedah Tanpa Pertahanan Kebal, Renan Alves

JDT Akan Bertemu Kedah Tanpa Pertahanan Kebal, Renan Alves. Pasukan Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan khidmat pertahanan bertubuh sasa, Renan Alves untuk menentang Johor Darul Ta’zim dimana beliau dikenakan tambahan penggantungan satu perlawanan susulan kad merah yang diterima ketika bertemu PKNS FC. Keputusan tambahan penggantungan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM ke-10 yang diadakan pada 27 Mac lalu.

JDT Akan Bertemu Kedah Tanpa Pertahanan Kebal, Renan Alves

Penggantungan ini dibuat Renan Alves didapati berkelakuan ganas dengan menghentak ke atas kepala pemain pasukan PKNS FC, Faizat Ghazali. Jawatankuasa Tatertib FAM memutuskan Renan Alves dihukum gantung 2 perlawanan. 2 perlawanan tersebut adalah pengggantungan automatik 1 perlawanan LS6 Pahang vs Kedah dan penggantungan tambahan 1 perlawanan LS7 Kedah vs JDT.

JDT Akan Bertemu Kedah Tanpa Pertahanan Kebal, Renan Alves

Renan Alves akan kembali beraksi bersama skuad Hijau Kuning dalam kancah Shopee Piala FA 2019 pusingan kedua bertemu Selangor United pada 3 April ini di Stadium Darul Aman. Pengumuman keputusan ini sekaligus menutup spekulasi tempoh penggantungan Renan oleh media massa dan peminat kebelakangan ini.

Dengan ketiadaan Renan Alves, pengendali Kedah FA Aidil Shahrin Sahak dijangka memberi kepercayaan sekali lagi kepada pemain pertahanan senior Khairul Helmi Johari bagi bergandingan bersama Shakir Hamzah.

JDT Akan Bertemu Kedah Tanpa Pertahanan Kebal, Renan Alves

Pasukan Kedah dijadualkan akan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam esok di Stadium Darul Aman. Sudah pastinya perlawanan ini sangat dinanti-nantikan oleh kedua-dua peminat dalam saingan Liga Super 2019.

Sumber : FAM

Foto Kredit : JST, Kedah FA

Related Posts

Add Comment