Final Piala Suzuki AFF: Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam. Misi penentuan pasukan manakah yang bakal bergelar juara Piala Suzuki AFF 2018? Saksikan perlawanan antara pasukan Malaysia kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu dengan pasukan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember 2018. Dijangka perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 malam ini dan disiarkan secara langsung di saluran RTM.
Perlawanan ini akan dipenuhi oleh ribuan penyokong Malaysia yang akan hadir menjadi ekor Harimau Malaya. Berdasarkan perlawanan sebelum ini skuad Malaysia pernah tewas dengan Vietnam pada peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2018. Siapakah pemain yang akan membarisi perlawanan malam ini? Jom saksikan ramalan pemain yang bakal diturunkan !
Final Piala Suzuki AFF: Ramalan Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam
1. FARIZAL MARLIAS
Berdasarkan perlawanan sebelum ini, nampaknya Farizal Marlias akan terus menggalas tanggungjawab sebagai penjaga gol utama Malaysia pada malam ini. Beliau beraksi sangat baik dan berjaya menepis beberapa bola daripada dibolosi oleh pasukan lawan.
2. AMIRUL AZHAN
Jika dilihat daripada posisi bek kanan, skuad negara tiada pilihan mungkin Amirul Azhan akan mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Syahmi Safari. Sepertimana kita ketahui Syahmi Safari telah dilayangkan kad merah pada aksi Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF ketika menentang Thailand. Mampukah Amirul Azhan menggalas tugas tersebut?
3. SHAHRUL SAAD
Pemain pertahanan tengah kental negara iaitu Shahrul Saad sudah pasti antara pemain yang akan diturunkan malam ini. Beliau bermain sangat baik, berjaya menangkis beberapa gerakan lawan dan berjaya memerangkap offsaid bersama Aidil Zaquan sebelum ini.
4. ADAM NOR AZLIN
Dengan kecederaan hamstring yang dialami oleh Aidil Zafuan kemungkinan besar beliau tidak diturunkan perlawanan malam ini. Posisi tersebut mungkin diisi oleh Adam Nor Azlin yang akan menjadi pilihan Tan Cheng Hoe dimana perlawanan sebelum ini Irfan Zakaria nampak agak gementar menjaga pemain lawan.
5. NAZIRUL NAIM
Bek kiri, Nazirul Naim dijangka lagi sekali akan diturunkan dalam perlawanan malam ini dimana Syazwan Andik dilaporkan mengalami kecederaan hamstring. Dalam aksi Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF, Nazirul Naim bermain sangat baik dan banyak membantu di bahagian serangan sekaligus gerakan beliau berjaya menghasilkan gol yang disudahkan oleh Syahmi Safari.
6. SYAMER KUTTY ABBA
Syamer Kutty Abba sudah pasti antara pemain yang akan diturunkan berdasarkan perlawanan sebelum ini banyak membantu skuad Malaysia di bahagian serangan dan pertahanan.
7. AKRAM MAHINAN
Akram Mahinan akan terus bergandingan bersama Syamer Kutty Abba di bahagian tengah. Dengan aksi konsistennya menjaga pemain lawan dan membantu beberapa gerakan di bahagian hadapan sudah pasti beliau antara pemain yang akan diturunkan.
8. SAFAWI RASID
Walaupun Safawi Rasid mengadu mengalami kesakitan di bahagian belakang pada perlawanan menentang Thailand, namun dijangka beliau akan diturunkan dalam perlawanan malam ini.
9. NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
Norshahrul atau Matyo dijangka akan terus mengemudi di bahagian attacking midfield dimana beliau banyak membantu di bahagian serangan dan mengucar kacir pemain pertahanan lawan.
10. SUMAREH
Mahamadou Sumareh akan terus diberi tanggungjawab untuk mengempur di gawang lawan. Walaupun perlawanan sebelum ini beliau mengalami kecederaan, namun Sumareh tetap diturunkan oleh Tan Cheng Hoe. Tidak mustahil Sumareh akan diturunkan perlawanan malam ini.
11. ZAQUAN ADHA
Zaquan Adha tetap mengemudi di posisi penyerang tunggal negara dimana perlawanan sebelum ini agak baik permainan dipamerkan oleh beliau. Dengan status kapten negara sudah tentu Zaquan akan menjadi pilihan pemain diturunkan.
Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya! Semoga pasukan negara berjaya memberi kemenangan di halaman sendiri dan sekaligus memudahkan laluan ke pusingan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2018 yang akan berlangsung di Hanoi pada 15 Disember 2018.