Piala FA: JDT Bakal Berdepan PKNS FC, Juara Bertahan Diundi Menentang UKM FC

Piala FA: JDT Bakal Berdepan PKNS FC, Juara Bertahan Diundi Menentang UKM FC. Keputusan undian Pusingan Ketiga Shopee Piala FA 2019 dijalankan sebentar tadi menyaksikan Juara Piala FA 2018, Pahang diundi menentang pasukan daripada Liga Premier, UKM FC. Manakala pasukan Johor Darul Ta’zim yang mendapat ‘bye’ pada pusingan ke-2, bakal menerima kunjungan PKNS FC di Larkin pada pusingan ke-3 yang dijangka berlangsung pada 16 atau 17 April nanti.

Majlis undian Shopee Piala FA 2019 tersebut turut dihadiri Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi dan Encik Marzuki Sulong selaku Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Naib juara musim lalu, Selangor bakal berhadapan dengan pasukan Liga Super, Felda United di Stadium Shah Alam.

Piala FA: JDT Bakal Berdepan PKNS FC, Juara Bertahan Diundi Menentang UKM FC

Manakala, Kedah pula yang terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan pasukan Selangor United dijadualkan berentap dengan Petaling Jaya City FC di Stadium Darul Aman. Pasukan Jerantut FA yang bermain dalam divisyen ke-4 bola sepak Malaysia pula diundi menentang juara Piala Malaysia 2018, Perak.

Berikut adalah senarai penuh perlawanan pusingan ke-3 Shopee Piala FA Malaysia 2019:

Piala FA: JDT Bakal Berdepan PKNS FC, Juara Bertahan Diundi Menentang UKM FC

Baki tiga buah pasukan Liga Super, Kuala Lumpur, Terengganu FC dan PKNP FC dijadualkan berentap dengan pasukan Pulau Pinang, Kelantan United FC dan juara diantara PDRM FA/Sarawak FA masing-masing.

Dijadualkan Pusingan Ketiga Shopee Piala FA 2019 akan berlangsung pada 16 dan 17 April 2019.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment