Kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Sah Menyarung Jersi Kedah FA. Zaquan Adha Radzak aka penyerang negara sah menyertai Kedah FA bagi saingan Liga Malaysia musim 2019. Perkara itu diumumkan daripada laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas Zaquan Adha menandatangani kontrak bersama skuad Hijau Kuning.
Kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Sah Menyarung Jersi Kedah FA
Kemasukan Zaquan Adha yang menyarung jersi nombor 8 untuk memantapkan jentera serangan dan menyuntik semangat skuad Helang Merah menghadapi musim baharu.
Selain itu, KFA juga turut mengumumkan dua lagi pemain import baharu iaitu pertahanan kental Renan Alves dari Brazil dan pemain penyerang berasal dari Sepanyol, Fernando Rodriguez yang sah milik Kedah FA
Selamat datang Zaquan Adha ke skuad Hijau Kuning!
Kredit Foto : FB Kedah FA