Kepulangan Akhyar ke Darul Aman, Disambut ‘Boo’ Penyokong Lang Merah

Kepulangan Akhyar ke Darul Aman, Disambut ‘Boo’ Penyokong Lang Merah. Sebelum Setiausaha Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) ada mengeluarkan kenyataan kepada penyokong Helang Merah supaya tidak lakukan provokasi dan ‘boo’ kepada bekas pemain mereka, Akhyar Rashid dalam pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Aman. Ternyata kepulangan pemain muda 19 tahun ini di Stadium Darul Aman sudah dijangka dimana dia disambut dengan ejekan boo daripada penyokong Hijau Kuning.

Akhyar nyata mengharungi perlawanan lebih sukar berbanding rakan-rakannya yang lain apabila diejek penyokong Lang Merah setiap kali dia mendapat bola. Akhyar yang dahulu dilabel sebagai ‘Neymar Kedah’ kini mendapat provokasi daripada bekas penyokong sendiri kerana isu perpindahan dia ke kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal musim ini.

Kepulangan Akhyar ke Darul Aman, Disambut ‘Boo’ Penyokong Lang Merah

Kini, kes tersebut telah dibawa ke Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) namun masih belum ada jawapan sehingga kini. Dalam perlawanan antara Kedah menentang JDT, dikhabarkan 25,000 penyokong membanjiri perlawanan ini menyaksikan Safawi Rasid membuka jaringan awal pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma.

Kemudian, Stadium Darul Aman bergegar menyambut jaringan penyamaan skuad Lang Merah pada minit ke-30 menerusi tandukan pemain import Kedah, Fernando Rodriguez. Aksi perlawanan ini agak tegang dan panas dimana beberapa kad kuning dilayangkan oleh pengadil ke atas kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-83, Akhyar dibawa masuk oleh ketua jurulatih JDT bagi menggantikan Safawi namun penyerang muda itu gagal membantu pasukannya memburu tiga mata di halaman lawan. Keputusan tamat menyaksikan Kedah terikat 1-1 dengan JDT dalam perlawanan ke-7 saingan Liga Super 2019.

Foto Kredit : JST, Kedah FA

Related Posts

Add Comment