Video: Jaringan Freekick Jarak Jauh Safawi, Hadiahkan Gol Tunggal JDT

Video: Jaringan Freekick Jarak Jauh Safawi, Hadiahkan Gol Tunggal JDT. Nampaknya pemain sensasi Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid semakin mendapat rentak untuk menghasilkan jaringan gol. menerusi sepakan percuma. Dalam minggu ini sahaja, pemain muda kebangsaan iaitu Safawi Rasid telah menghasilkan dua gol freekick ketika menentang Laos bersama skuad muda kebangsaan dan Kedah sebentar tadi.

Ketika perlawanan menentang Laos, Safawi Rasid satu-satunya pemain yang menghadiahkan jaringan gol buat skuad Harimau Malaya B-23. Beliau berjaya menjaringkan gol lencong menerusi sepakan percuma yang menarik dimana bola itu terkena palang dan kemudian melantun ke penjaga gol lawan dan terus menerjah gawang.

Video: Jaringan Freekick Jarak Jauh Safawi, Hadiahkan Gol Tunggal JDT

Lagi sekali Safawi mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Kedah dalam saingan Liga Super 2019 dimana beliau menjaringkan gol pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma jarak jauh. Gol tunggal beliau menyaksikan berjaya mengikat keputusan seri 1-1 dengan Kedah di hadapan puluhan ribu penyokong Helang Merah.

Jika dilihat jaringan tersebut, penjaga gol Kedah, Ifwat gagal membaca bola sepakan daripada Safawi yang mungkin mengelirukan. Skuad Helang Merah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-30 selepas Fernando Rodriguez menanduk masuk dengan baik

Tamat perlawanan di Darul Aman dengan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1 mata.

BACA JUGA : Video: Sepakan Percuma Lencong Safawi Rasid, Mengelirukan Penjaga Gol Laos

Kredit Video : ROTP

Kredit Foto : JST

Related Posts

Add Comment