Harimau Malaya ‘Beraya’ Sakan di Bukit Jalil, Belasah Timor Leste 7-1

Harimau Malaya ‘Beraya’ Sakan di Bukit Jalil, Belasah Timor Leste 7-1. Skuad kebangsaan berdepan tugasan pertama daripada dua misi penting mereka, berdpan Timor Leste dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil ketika ramai rakyat Malaysia masih sibuk beraya.

Ternyata skuad negara turut beraya di Bukit Jalil apabila Timor Leste bagaikan mengadakan ‘open house’ buat pemain negara. Tujuh gol dijaringkan oleh skuad negara yang memberikan kelebihan selesa sebagai bekalan ke perlawanan timbal balik juga di Bukit Jalil. Ini lima perkara berkenaan perlawanan tadi.

Harimau Malaya ‘Beraya’ Sakan di Bukit Jalil, Belasah Timor Leste 7-1

Lavere Corbin Ong menanduk masuk gol pertama seawal minit 12 hasil hantaran Safawi Rasid. Malaysia sepatutnya mampu mencipta gol kedua selang empat minit kemudian apabila dihadiahkan sepakan penalti namun Safawi gagal manfaatkan peluang terbabit sekali gus memberi kelegaan kepada skuad kendalian Norio Tsukitate.

Kehadiran penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri memberi impak positif apabila pemain itu menyumbat gol kedua pada minit 23. Timor Leste seolah hilang arah apabila terus gagal menyekat kemaraan skuad Harimau Malaya sekali gus memberi peluang kepada Norshahrul Idlan Talaha menyumbat gol ketiga sebelum Safawi menjadikan kedudukan 4-0 untuk Malaysia pada minit terakhir babak pertama perlawanan.

Harimau Malaya 'Beraya' Sakan di Bukit Jalil, Belasah Timor Leste 7-1

Babak kedua bersambung menyaksikan skuad Harimau Malaya terus melakukan serangan bertali arus ke kubu lawan walaupun berada di kedudukan selesa. Namun, kesilapan pertahanan Harimau Malaya memberi peluang kepada Timor Leste menyumbat gol pertama menerusi Joao Da Silva untuk kedudukan 1-4.

Safawi terus membuktikan skuad Harimau Malaya sukar digugat apabila pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi gol kelima minit 58. Mohd Faiz Nasir yang baharu sahaja beberapa minit dimasukkan mengganti Norshahrul Idlan Talaha menambah derita Timor Leste apabila menyumbat gol keenam hasil hantaran Safawi pada minit 77.

Benteng Timor Leste ternyata longlai apabila Muhammad Akhyar Rashid mencetak nama sebagai penjaring gol buat menewaskan penjaga gol, Fernandes Aderito Raul buat kali ketujuh. Kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan sekali gus memberi bekalan selesa bagi mengharungi perlawanan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di gelanggang sama, Selasa ini.

Foto Kredit : FAM

Related Posts

Add Comment