Kecewa Tanpa Syahmi Safari, Ini Kata Datuk Ong Kim Swee

Kecewa Tanpa Syahmi Safari, Ini Kata Datuk Ong Kim Swee. Nampaknya kenyataan mengatakan bahawa Syahmi Safari tidak dilepaskan untuk bermain bersama skuad B-22 AFF sudah seperti menjadi realiti. Ini selepas ketua jurulatih Malaysia, Datuk Ong Kim Swee meluahkan rasa kecewanya dengan ketiadaan bek kanan Selangor, Syahmi Safari.

Kecewa Tanpa Syahmi Safari, Ini Kata Datuk Ong Kim Swee

Difahamkan Syahmi Safari tidak dilepaskan oleh pengurusan bolasepak Selangor untuk memberi tumpuan dalam saingan Liga Super. Syahmi Safari mungkin tiada dalam senarai nama pemain yang akan mengharungi Kejuaraan B-22 AFF yang akan berlangsung pada 17 Februari sehingga 26 Februari 2019 di Phnom Penh, Kemboja.

Kronologi ketiadaan Syahmi Safari

Syahmi Safari telah disenaraikan oleh OKS dalam skuad untuk menjalani latihan pusat di Bukit Jalil bagi memilih pemain yang benar-benar layak beraksi dalam Kejuaraan AFF B-22.

Namun, jurulatih Selangor B. Sathianathan enggan melepaskan pemain ini kerana katanya mereka (Selangor) akan bertemu beberapa pasukan hebat dan dianggap perlawanan tersebut sebagai perlawanan penting bagi mereka.

Ini kata Ong Kim Swee Selepas Syahmi Tidak Dilepaskan Pasukan

Ong Kim Swee mengatakan memang benar bahawa pemain ini merupakan antara pemain terbaik untuk beraksi dalam pertahanan kanan. Ketiadaan Syahmi Safari sudah pasti sangat mengecewakan buat Datuk OKS. Namun OKS mengatakan bahawa beliau masih ada pilihan pemain lain untuk mengemudi posisi tersebut.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan bakal berdepan pasukan tuan rumah, Kemboja dalam aksi sulung Kumpulan B pada 18 Februari serta diikuti Indonesia dan Myanmar masing-masing pada perlawanan ke-2 dan ke-3.

Sumber : fox

Related Posts

Add Comment