Jadual Kejuaraan B-22 AFF 2019 Malaysia. Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan Harimau Muda (Malaysia) dalam kejohanan kejuaraan AFF 2019 bawah 22 tahun. Kejuaraan AFF B-22 ini merupakan kejohanan edisi kedua yang diuruskan oleh Persatuan bolasepak Asean (AFF). Kejuaraan ini akan berlangsung bermula pada 17 Februari sehingga 26 Februari 2019 di Phnom Penh Kemboja.
Jadual Kejuaraan B-22 AFF 2019 Malaysia
Berikut kami paparkan jadual penuh perlawanan Kejuaraan AFF B-22 yang melibatkan pasukan Malaysia. Sebelum itu, skuad Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama pasukan tuan rumah Kemboja, Indonesia & Myanmar.
Malaysia vs Kemboja : Mengikut jadual perlawanan ini akan berlangsung pada hari isnin 18 Februari 2019. Jam 6.30 PM
Malaysia vs Indonesia : Jadual perlawanan Malaysia vs Indonesia AFF B-22 2019 pula dianggarkan akan berlangsung pada 20 februari 2019. Jam 3.30 PM
Malaysia vs Myanmar : Dan perlawanan akhir peringkat kumpulan akan dilangsungkan pada hari jumaat 22 Februari 2019
Dalam kejohanan kali ini pasukan Laos telah menarik diri dari terus bertanding dalam kejuaraan AFF B22 ini. Oleh itu ada sedikit rombakan sebelum ini.
Selepas rombakan dibuat maka inilah jadual penuh dan rasmi perlawanan kali ini yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.
Kredit Foto : FAM