Dua Gol Kipre Memberi Kemenangan Kepada Sang Penyu di Kuala Terengganu. Terengganu Football Club menerima kunjungan pasukan Felda United yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Dalam perlawanan ini, pemain import Terengganu FC, Thierry Bin kembali dalam kesebelasan utama menggantikan Syamim Yahya manakala ketua pasukan Felda United, Hadin Ahmad tidak diturunkan akibat mengalami kecederaan.
Sepak mula pada separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mencari rentak perlawanan dengan beberapa percubaan tepat dilakukan ke arah gol. Pada minit ke-20, Sang Penyu terus mengasak ke kubu The Fighters dengan percubaan dari Malik Mat Ariff memaksa Norazlan Razali melayangkan badan untuk menyelamatkan keadaan.
Dua Gol Kipre Memberi Kemenangan Kepada Sang Penyu di Kuala Terengganu
Pasukan tuan rumah hampir mendapat jaringan awal menerusi rembatan jarak jauh daripada Lee Tuck namun diselamatkan oleh penjaga gol Felda United. Sekali sekala The Fighters turut memberi asakan ke pintu gol lawan hasil gerakan menarik oleh S.Chanturu namun Suffian Rahman dan Thierry Chantha Bin lebih pantas mengawal keadaan. Masih tiada jaringan pada separuh masa pertama.
Bersambung masa kedua, skuad kendalian Irfan Bakti mendapat gol pertama pada minit ke-50 apabila kawalan baik oleh Kipre Tchethe sebelum beliau melepaskan rembatan cantik untuk menewaskan Norazlan Razali. Selang tiga minit kemudian, percubaan daripada Sanjar berjaya diselamatkan menerusi gerakan ‘set-piece’ menarik dari pemain-pemain Sang Penyu.
50'| GOL TCHETCHE KIPRE!
Akhirnya, gol pertama hadir di Kuala Terengganu apabila kawalan baik oleh Kipre sebelum beliau melepaskan rembatan cantik untuk menewaskan Norazlan Razali!@FCTerengganu 1-0 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#TERFEL pic.twitter.com/bUajDZhK1b
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 19, 2019
Sang Penyu terus mengasak The Fighters dengan serangan yang diketuai oleh Tchetche Kipre dilihat beberapa kali menguji Norazlan Razali. Sang Penyu hampir menjaringkan gol kedua namun percubaan daripada Ashari Samsudin berjaya ditepis baik oleh Norazlan.
Kipre Tchethe menjadi duri dalam daging apabila menjaringkan gol kedua pada perlawanan ini setelah beliau memanfaatkan kesilapan dari Jasazrin untuk gol kedua Sang Penyu pada malam ini. Pada minit terakhir, The Fighters mendapat gol saguhati menerusi Kei Keida berpunca dari lontaran jauh padu dari Anwar Ibrahim.
90'| GOL TCHETCHE KIPRE!
Kipre memanfaatkan kesilapan dari Jasazrin untuk gol kedua Sang Penyu pada malam ini. Kipre is back!@FCTerengganu 2-0 @feldaunitedfc #LigaSuper2019#MFLLive#TERFEL pic.twitter.com/mzXtV0j0Uy
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 19, 2019
Perlawanan berakhir 2-0 memihak kepada pasukan tuan rumah. Dua gol dari Kipre memberi kemenangan kepada Sang Penyu pada malam ini manakala The Fighters cuba merapatkan kedudukan pada minit-minit terakhir perlawanan namun sudah terlambat.
Foto Kredit : MFL