JDT Lebih Banyak Mencipta Peluang Gol – Luciano Figueroa

JDT Lebih Banyak Mencipta Peluang Gol – Luciano Figueroa. Selepas perlawanan antara Kedah dengan Johor Darul Ta’zim berakhir keputusan seri 1-1 di Stadium Darul Aman semalam. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, Pengurus Johor Darul Ta’zim Luciano Figueroa mengakui, “kami telah mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol. Walaubagaimanapun kami sekadar beroleh keputusan seri 1-1.”

Pasukan JDT terlebih dahulu membuka jaringan awal pada minit ke-10 menerusi sepakan percuma daripada Safawi Rasid. Penjaga gol Lang Merah, Ifwat gagal menahan kemas bola daripada sepakan Safawi yang terus menerjah ke gawang gol.

JDT Lebih Banyak Mencipta Peluang Gol – Luciano Figueroa

Skuad Hijau Kuning berjaya menyamai keputusan perlawanan 1-1 selepas penyerang import mereka, Fernando Rodriguez berjaya menanduk mudah lalu menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal Marlias ketika situasi kelam kabut.

Luciano Figueroa berkata lagi, “Kami perlu memperbaiki segala kesilapan dan berlatih dengan lebih lagi untuk mengembalikan gaya permainan kami untuk perlawanan akan datang. Saya berpuas hati dengan prestasi dan sikap yang ditunjukkan oleh para pemain. Kami tidak memenangi perlawanan tersebut namun kutipan mata kami tidaklah terlalu teruk dan kami masih berada di kedudukan teratas.

JDT Lebih Banyak Mencipta Peluang Gol - Luciano Figueroa

“Kami telah mencipta banyak peluang jaringan namun ini adalah bola sepak. Kadang-kala anda menang, kadang-kala tidak. Penjaga gol pasukan Kedah juga merupakan pemain yang baik. Kami hanya perlu memperbaiki beberapa kesilapan dan memberi fokus kepada perlawanan seterusnya.” Ujarnya lagi!

Luciano menambah lagi, “Kami telah mengambil keputusan untuk menurunkan Safawi dalam kesebelasan utama kerana beliau merupakan seorang pemain yang bagus. Beliau sendiri yang mahu bermain untuk perlawanan pada malam ini. Sikap beliau amat baik, beliau adalah pemain terbaik dalam negara dan kami tidak boleh mengenepikan beliau.”

Selepas mengharungi 7 perlawanan Liga Super 2019, JDT masih kekal menduduki tangga teratas berkelebihan 3 mata dengan Pahang FA. Manakala, Kedah pula menghuni tangga ketiga dengan 12 mata ketinggalan 5 mata dengan pendahulu liga.

Foto Kredit : JST, MFL

Related Posts

Add Comment