Jaringan Tunggal Syafiq Ahmad, JDT Terus Lebarkan Rekod Tanpa Kalah

Jaringan Tunggal Syafiq Ahmad, JDT Terus Lebarkan Rekod Tanpa Kalah. Dalam aksi kesembilan Liga Super 2019 menyaksikan Petaling Jaya City FC menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Seperti kebiasaan, JDT akan menurunkan kesebelasan utama dengan formasi menyerang 4-3-3 dimana perlawanan ini Syafiq Ahmad diletakkan pemain utama menggantikan Leandro Velazquez.

 

Sepak bola separuh masa pertama bermula menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan untuk memburu jaringan. JDT bermain dengan tempo yang tinggi manakala pasukan PJ City FC kendalian K. Devan bermain secara open-play dimana menyerang dan bertahan secara berdisiplin.

Jaringan Tunggal Syafiq Ahmad, JDT Terus Lebarkan Rekod Tanpa Kalah

Namun, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mengejutkan pasukan Petaling Jaya City FC dengan gol awal. Syafiq Ahmad meletakkan JDT dihadapan pada minit ke-26 selepas menyungkit cantik melepasi penjaga gol PJ City FC, Muhaiman Mohamad selepas menerima umpanan daripada Safawi Rasid.

Selepas jaringan Syafiq, skuad Harimau Selatan menurunkan tempo permainan untuk melakukan serangan sambil berhati-hati menjaga pintu gol. Jaringan Syafiq Ahmad separuh masa pertama kekal dengan keputusan 1-0 memihak kepada Johor Darul Ta’zim.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berhati-hati dan merencanakan serangan. Tenyata perlawanan malam ini skuad JDT hanya bermain seperti latihan kerana ingin mengurangkan keletihan untuk beraksi dalam perlawanan seberikutnya.

Jaringan tunggal oleh Syafiq Ahmad memberikan kemenangan mutlak buat JDT di Stadium MBPJ pada malam ini. JDT terus lebarkan rekod tanpa kalah selepas 9 perlawanan Liga Super 2019.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment