JDT Ungguli Kedudukan Teratas Kelab Asia Tenggara, Pintas Ceros Negros & Buriram United

JDT Ungguli Kedudukan Teratas Kelab Asia Tenggara, Pintas Ceros Negros & Buriram United. Sebelum ini FootRankings mengeluarkan ranking kelab-kelab di rantau Asia menyaksikan kelab daripada Filipina, Ceros Negros memintas kedudukan kelab Buriram United sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara. Menurut laman FootRankings yang baru mengemaskini kedudukan pada 8 Mei lalu, mengumumkan kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli kedudukan teratas kelab Asia Tenggara dan berada di ranking ke-32 Asia.

JDT Ungguli Kedudukan Teratas Kelab Asia Tenggara, Pintas Ceros Negros & Buriram United

Merujuk dari kedudukan terkini ranking tersebut, JDT berjaya memintas kedudukan daripada kelab Filipina, Ceros Negros yang kini berada di kedudukan ke-33 manakala kelab gergasi Thailand, Buriram United pula berada pada kedudukan ke-36 di Asia.

Kejayaan pasukan JDT kendalian Luciano Figueroa selepas berjaya mengejutkan juara bertahan Asia Champions League musim lalu, Kashima Antlers dan keputusan seri dengan Gyeongnam FC di Stadium Larkin menjadi faktor utama peningkatan mata JDT. Sudah pasti kejayaan ini menaikkan semangat dan menjadikan inspirasi untuk perlawanan akan datang.

Pasukan JDT akan bertemu pasukan dari wakil Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam aksi terakhir peringkat kumpulan ACL 2019 yang akan berlangsung pada 22 Mei ini di Changwoon Football Center. Perlawanan ini merupakan penentuan antara pasukan JDT sama ada layak ke pusingan kalah mati atau tidak.

Untuk ranking terkini layari https://footyrankings.com/afc-ranking/clubrank2019/.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment