Piala FA: Sang Penyu Mengamuk Belasah Ultimate FC, 5 Penjaring Gol Tercipta. Skuad Ultimate FC menjadi mangsa belasahan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah apabila Terengganu FC berjaya menghasilkan 5 gol dalam perlawanan sebentar tadi. Perlawanan bermula, menyaksikan Ashari Shamsuddin membuka jaringan awal di Kuala Terengganu pada minit pertama. Skuad Terengganu FC kendalian Irfan Bakti ingin melupakan kekalahan pasukannya dengan Selangor tempoh lalu.
Skuad Terengganu FC lebih mendominasi perlawanan menyaksikan skuad divisyen ketiga M3, Ultimate FC gagal menyaingi pemain-pemain Sang Penyu. Meskipun mendahului seawal minit pertama menerusi hantaran lintang Khairul Izuan yang disempurnakan Ashari, namun jaringan itu kekal menjadi pemisah diantara kedua pasukan sehingga tamat babak pertama.
Piala FA: Sang Penyu Mengamuk Belasah Ultimate FC, 5 Penjaring Gol Tercipta
Masuk babak kedua menyaksikan skuad Terengganu menambah jaringan gol kedua menerusi Igor setelah menerima ‘assist’ menarik daripada Sanjar Shaakmedov. Pada minit ke-79′, pemain import Terengganu FC pula, Sanjar menghasilkan jaringan menjadikan gol ketiga pada perlawanan ini.
Gol keempat dijaringkan menerus Nasrullah pada minit ke-86 yang mudah menolak bola masuk ke gawang Ultimate FC. Selang beberapa minit kemudian, Sang Penyu menambah derita Ultimate FC dimana gol kelima dijaringkan oleh Kahirul Izuan pada minit ke-90 setelah menyempurnakan hantaran pendek daripada Ashaari Shamsuddin.
Skuad Terengganu FC berjaya mencatatkan kemenangan bergaya di laman sendiri dengan memanfaatkan peluang yang berjaya dicipta pada babak kedua. 5 jaringan yang berjaya dijaringkan sedikit sebanyak melegakan sejumlah penyokong setia yang hadir memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Foto Kredit : MFL