Hijau Kuning Singkirkan PJ City FC, Hasil Sumbangan Renan & Zaquan

Hijau Kuning Singkirkan PJ City FC, Hasil Sumbangan Renan & Zaquan. Gol sumbangan Renan Alves dan Zaquan Adha pada perlawanan ini memastikan kemenangan ke atas PJ City FC dengan keputusan 2-0 sebentar tadi. PJ City FC hadir ke Stadium Darul Aman sebagai pasukan pelawat dimana mereka mengganggap pasukan underdog dalam musim ini.

Gol awal dari tuan rumah pada minit ke-2 apabila pertahanan dari Brazil, Renan Alves bijak menghidu peluang dihadapan gol PJ City FC untuk meletakkan Hijau Kuning dihadapan. Pada separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah lebih mendominasi di bahagian tengah dan lebih merencanakan serangan ke kubu lawan.

Hijau Kuning Singkirkan PJ City FC, Hasil Sumbangan Renan & Zaquan

Skuad Helang Merah sekali lagi mencemaskan pintu gol PJ City FC menerusi pemain import mereka, Jonathan Bauman pada minit ke-25 selepas menerima hantaran silang daripada Azmeer Yusof. Namun bola tersebut ditampan oleh penjaga gol PJ City FC dan melepasi palang gol.

Kelantan United dan Kedah mendahului lawan masing-masing ketika ini manakala Selangor dan Felda United terikat 0-0. Perlawanan antara Pulau Pinang dan Kuala Lumpur masih berlangsung kerana bermula sedikit lewat akibat padang bertakung.

Masuk separuh masa kedua, Kedah menambah jaringan di Alor Star pada minit ke-55 selepas Zaquan Adha melakukan gelecekan baik dan menyudahkannya disebelah kiri pintu gol PJ City FC. Dengan jaringan itu meletakkan pasukan tuan rumah mendahului PJ City FC dengan keputusan 2-0.

Hijau Kuning berjaya menyingkirkan PJ City FC di laman sendiri hasil daripada jaringan Renan Alves dan Zaquan Adha masing-masing pada setiap separuh masa. Pasukan Kedah mara ke peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2019.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment