Indra Putra Mahayuddin Penjaring Terbanyak Liga Super Sepanjang Zaman, Mahu Catat Rekod Jaringan 100 Gol. Siapakah penjaring terbanyak Liga Super Malaysia sepanjang zaman? Pemain berpengalaman Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin adalah merupakan penjaring terbanyak Liga Super sepanjang zaman yang kini sudah mencatatkan 95 gol. Beliau mengatasi pemain-pemain berpengalaman lain seperti Ashaari Samsuddin (84), Amri Yahyah (69), Norshahrul Idlan Talaha (67) dan ramai lagi.
Indra Putra Mahayuddin Penjaring Terbanyak Liga Super Sepanjang Zaman, Mahu Catat Rekod Jaringan 100 Gol
Ketua pasukan The City Boys itu turut mengatasi beberapa penyerang import yang pernah beraksi di Liga Malaysia seperti Marlon Alex James yang mencatat 60 gol, Francis Forkey Doe dengan 58 gol termasuk bekas penyerang Perlis FA, Keita Mandjou yang menjaringkan 53 gol. Pencapaian terbaik Indra dalam saingan Liga Super Malaysia apabila muncul sebagai pemenang pertama kasut emas Liga Super dengan menjaringkan 15 gol ketika bersama Pahang FA pada tahun 2004.
Sebelum Indra bersama Kuala Lumpur FA, beliau pernah beraksi dalam beberapa pasukan antaranya iaitu Perak, Selangor, Kelantan, T-Team dan Felda United. Indra mahu menjaringkan lebih banyak gol untuk Kuala Lumpur dan dia ingin mencatat beberapa gol lagi untuk mendapat rekod 100 gol dalam saingan Liga Super.
Mampukah hasrat Indra untuk mencatat 100 gol dalam saingan Liga Super tercapai?