Perlis FA Berputih Mata, Liridon Krasniqi Bakal Sertai Pahang. Jika sebelum ini ura-ura mengatakan bekas pemain import Kedah FA dan juga pemain paling bernilai 2017, Liridon Krasniqi akan berhijrah ke Perlis FA setelah dipantau oleh Persatuan Bolasepak Perlis. Kini, menjadi persoalan selepas Liridon Krasniqi memuat naik satu gambar di laman sosial Intagram Story miliknya.
Perlis FA Berputih Mata, Liridon Krasniqi Bakal Sertai Pahang?
Gambar yang dimaksudkan adalah seekor gajah yang dimuat naik oleh Liridon tanpa sebarang status dilihat memberi gambaran bahawa beliau bakal beraksi di liga tempatan bersama pasukan lain. Mungkinkah Liridon bakal berhijrah ke Pahang FA kerana gambar gajah simbolik kepada pasukan Tok Gajah?
Setakat kini, pasukan Pahang FA kendalian Dollah Saleh telah memiliki beberapa pemain import yang masih dikekalkan iaitu Mahamadou Sumareh dan Safuwan Baharuddin. Dan kemungkinan dua pemain import Pahang FA lagi bakal diisi oleh Darryl Herold Goulon dan Saddil Ramdani.
Sekiranya, Mahamadou Sumareh dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan kemungkinan besar Liridon Krasniqi akan mengisi slot kuota pemain import skuad Pahang.
Adakah Liridon akan beraksi bersama Pahang FA musim hadapan? Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Pahang.