Lee Tuck Sanggup Labur RM20 Ribu Sebulan, Kekalkan Tahap Kecergasan

Lee Tuck Sanggup Labur RM20 Ribu Sebulan, Kekalkan Tahap Kecergasan. Jika kita mengikuti sains sukan di luar negara, pengurusan kelab mereka sangat menitikberatkan aspek stamina, kekuatan (strength) dan tahap kesihatan pemain. Namun, di Malaysia mungkin sebaliknya tidak keterlaluan mengatakan pemain-pemain Liga Malaysia terutama anak tempatan masih belum menyedari kepentingan sains sukan khususnya bagi meningkatkan aspek stamina mereka.

Secara amnya, kebanyakan pemain Liga Malaysia masih bergantung kepada sesi latihan bersama pasukan masing-masing untuk rutin latihan kecergasan dan kemahiran. Walaupun bagaimanapun,  perkara itu terkecuali buat penyerang import Terengganu FC, Lee Tuck yang tidak mahu terlalu bersandar kepada sesi latihan sahaja dalam meningkatkan potensi dirinya.

Lee Tuck Sanggup Labur RM20 Ribu Sebulan, Kekalkan Tahap Kecergasan

Pemain kelahiran England itu jelas mengatakan, beliau sanggup melabur $USD5,000 bersamaan RM20,462.50 sebulan bagi sesi latihan intensif peribadi semata-mata untuk mengekalkan dan menambahbaik tahap kecergasannya dalam usaha membantu skuad Terengganu FC dalam mengharungi Liga Super musim 2019.

Lee Tuck Sanggup Labur RM20 Ribu Sebulan, Kekalkan Tahap Kecergasan

Gambar Hiasan

Katanya lagi, usaha tersebut bukanlah berniat untuk mencuri publisiti sebagaimana setiap sesi latihannya dimuatnaik menerusi laman sosial Instagram sebaliknya Lee Tuck hanya berminat untuk bersaing dengan dirinya sendiri sekali gus memaksanya keluar daripada zon selesa.

“Secara peribadi, latihan kecergasan bola sepak sangat penting jika anda mahu berkembang sebagai pemain bola sepak. Seorang pemain yang memiliki bentuk fizikal terbaik sudah pasti dia boleh mengharapkan dan melakukan sesuatu terhadap pasukannya. Maka, untuk jadi yang terbaik saya sanggup membayar $USD5,000 sebulan bagi memastikan tahap kecergasan saya sentiasa berada di tahap terbaik.

Lee Tuck Sanggup Labur RM20 Ribu Sebulan, Kekalkan Tahap Kecergasan

Lee Tuck menjelaskan lagi, “bagaimanapun, kekuatan dan ketahanan otot tidak sahaja bergantung kepada latihan kecergasan bola sepak di mana kamu juga harus menjaga pemakanan dengan betul jika kamu mahu memastikan kondisi kamu berada dalam keadaan maksimum. Jadi, berdasarkan pengalaman saya membentuk kecergasan terbaik secara tidak langsung akan membantu prestasi kamu menjadi semakin baik,”

Lee Tuck turut mengalu-alukan pemain-pemain Liga Malaysia terutama pemain muda memiliki inisiatif tersendiri bagi mempertingkatkan potensi selain menggesa mereka keluar daripada zon selesa.

Sebagai rekod, Lee Tuck menjaringkan satu gol sepanjang empat perlawanan unifi Liga Super musim ini ketika membantu skuad Sang Penyu mengikat Perak 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Kredit Foto : Terengganu FC, csu.edu.au

Sumber : MFL

Related Posts

Add Comment