Lupakan Piala Airmarine, Fokus final Piala AFF Suzuki 2020 & Piala Asia 2023. Walaupun skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe gagal menjulang Piala Airmarine 2019 di hadapan penyokong sendiri. Tapi sekurang-kurangnya pasukan kebangsaan berjaya mencatat kemenangan ke atas Afghanistan 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin. Gol Malaysia disumbang oleh pemain Selangor, Faiz Nasir dan jaringan sendiri pemain Afghanistan memastikan kemenangan mutlak dan penyuntik semangat buat pemain negara.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengajak peminat bola sepak Malaysia untuk melupakan kempen Piala Airmarine 2019 yang telah melabuhkan tirai semalam menyaksikan pasukan Oman menjuarai kejohanan itu. Cabaran lebih getir buat skuad Harimau Malaya yang akan menghadapi dua kejohanan besar selepas Piala Airmarine.
Lupakan Piala Airmarine, Fokus final Piala AFF Suzuki 2020 & Piala Asia 2023
Dua cabaran tersebut adalah mara ke pentas akhir Piala AFF Suzuki 2020 dan layak ke saingan Piala Asia 2023 secara merit. Menurut Stuart lagi, “Kami perlu melihat ke hadapan dan skuad Harimau Malaya memiliki dua lagi kejohanan besar yang menjadi keutamaan. Sebilangan tonggak utama skuad kebangsaan sedang berkhidmat bersama skuad B-23 negara.

“Semua pihak harus bersabar kerana skuad negara masih lagi di landasan yang tepat.” kata Stuart yang dipetik daripada Stadium Astro. Kekalahan skuad Harimau Malaya dengan Singapura dan kemenangan ke atas Afghanistan menampakkan mungkin tiada sebarang perubahan mata ranking FIFA.
Stuart berkata lagi, “Kelayakan pusingan pertama Piala Dunia agak mencabar. Kami akan melihat undian kumpulan yang bakal dilakukan bulan depan dan membuat persiapan menghadapinya,”
Foto Kredit : FAM