Saya Pernah di”BOO” Oleh Penyokong JOHOR. Siapa disini yang tidak kenal dengan sosok tubuh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim? Beliau ialah Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ dikalangan peminat dan rakyat Malaysia.
TMJ merupakan kerabat raja yang mempunyai impian dan cita-cita besar dalam dunia bolasepak. Baginda telah mengambil keputusan dan mengambil alih pasukan bolasepak Johor pada penghujung tahun tahun 2012.
Semasa pengambilalihan tampuk pimpinan Pengurusan Bolasepak Johor baginda telah “membersihkan” organisasi tersebut yang mana telah dianggap sebagai gagal oleh sebahagian besar peminat bolasepak Johor khususnya.
Selepas mengambil alih Johor, satu demi satu perubahan telah dibawa oleh TMJ, dari hanya 100 orang penyokong sahaja baginda telah membawa lebih ratusan ribu peminat untuk menyokong kelab Johor yang dipimpinnya. Usah cakap dengan kejayaan yang telah dibawanya dalam pasukan kerana terlalu banyak kejayaan telah dibawanya.
Pelbagai sejarah telah diciptanya. Oleh itu, tidak tahu mengapa baginda dalam satu posting terbaru dalam Facebook Page rasmi Johor telah memuat naik satu kenyataan yang bagi penulis menunjukkan gambaran pelbagai kejayaan telah dibawa hasil dari titik peluh dan kutukan orang pada suatu masa dahulu.
Saya Pernah di”BOO” Oleh Penyokong JOHOR
Dalam satu muat naik status didalam laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, baginda telah menulis bahawa beliau pernah di”Boo” atau satu ejekan ketika memberi ucapan ditengah padang pada tahun 2012. Berikut adalah tulisnya
“Pada penghujung tahun 2012 yang lalu selepas sahaja perlawanan diantara Johor FA dan Johor FC, saya telah pergi ke tengah padang untuk memberi ucapan. Namun Penyokong Johor “boo” saya, malah ada yang menjerit “ayuh kita balik”. Pada ketika itu sedang hujan.
Hari ini, saya telah berikan anda 12 piala dalam tempoh lima tahun setengah. Saya telah berikan anda jenama bola sepak terbaik di tanah air, fasiliti terbaik, stadium baharu yang sedang dalam pembinaan dan pengiktirafan daripada banyak pasukan-pasukan besar bola sepak di seluruh dunia. Banyak rekod dan sejarah yang tercipta.
Jangan lupa saya di’boo’ oleh penyokong saya sendiri kerana saya tidak akan melupakannya. Kekal bersatu demi Johor dan JDT.
Sumber: Facebook JSTĀ