Presiden PFA Belum Mahu Kibar Bendera Putih, Ingin Bertemu TMJ Jelaskan Hal Sebenar!. Selepas pengumuman rasmi dari Malaysia Football League (MFL) menyatakan pasukan Perlis Northern Lions tersingkir daripada Liga Malaysia 2019. Peluang buat pemain-pemain Singa Utara untuk mencari atau ditawarkan daripada pasukan-pasukan lain. Namun begitu, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie masih belum mahu mengibar bendera putih untuk mengembalikan pasukan Perlis ke kancah Liga Malaysia 2019.
Hal demikian, beliau mahu berjumpa dengan Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menjelaskan isu sebenar yang berlaku dalam pengurusan di bawahnya.
Presiden PFA Belum Mahu Kibar Bendera Putih, Ingin Bertemu TMJ Jelaskan Hal Sebenar!
Presiden PFA agak terkejut dan kecewa dengan keputusan pembatalan Perlis daripada Liga Malaysia dan berharap dengan perjumpaan ini bersama TMJ dapat memberi peluang semula kepada Perlis untuk saingan Liga Premier.
Pembatalan pasukan itu diakui sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL dimana semua sebulat suara bersetuju membatalkan penyertaan Perlis yang mendapati sumber pendapatan PFA termasuk penajaan tidak mencukupi untuk bersaing Liga Malaysia musim 2019.
Walaupun bagaimanapun, PFA telah menghantar rayuan kepada MFL dan pada masa yang sama ingin berjumpa dengan TMJ untuk menjelaskan perkara sebenar yang melanda dalam kem Perlis. Semoga isu ini diselesaikan sebaik mungkin
Kredit Foto : NorthernLions Perlis