MFL Singkirkan Perlis Dalam Liga Malaysia Berkuatkuasa Hari Ini. Saban hari kita akan mendengar cerita daripada bolasepak Perlis mengenai isu tunggakan gaji yang masih tidak dilunaskan. Kini menerusi Ahli Lembaga Pengarah MFL sebulat suara bersetuju membatalkan penyertaan Perlis FA dalam Liga Malaysia 2019 selepas meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan Persatuan Bolasepak Perlis(PFA) pada tarikh akhir, 18 Februari 2019.
MFL Singkirkan Perlis Dalam Liga Malaysia Berkuatkuasa Hari Ini
Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League, Kevin Ramalingam mengenai keputusan pembatalan penyertaan Perlis dalam Liga Malaysia 2019 sebentar tadi. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu kemelut kewangan dan tunggakan gaji yang berlaku pada skuad Perlis Northern Lions memberi kesan buruk kepada bolasepak Malaysia.
Sepertimana kita tahu pasukan Perlis mendapat slot ke Liga Premier Malaysia 2019 untuk menggantikan Petaling Jaya City FC yang dinaikkan ke Liga Super. Namun, isu tunggakan gaji melanda skuad Perlis ini kian bertambah serius dimana pemain-pemain mereka tidak menerima gaji hampir dua bulan.
Pemain-pemain mula berang dengan pengurusan dan mengangkat kaki dari skuad ini disebabkan pengurusan memberi harapan palsu dan tidak mengotakan janji mengenai gaji. Rata-rata pemain pengalaman seperti Safee Sali, Piya, Amirizdwan Taj, Khyril Muhymeen antara yang akan meninggalkan skuad tersebut.
Semoga akan datang nanti pemain-pemain tempatan mengambil langkah berhati-hati untuk memilih pasukan yang ditawarkan.
Sumber/ Kredit Foto : MFL, Perlis NothernLions