Dickson Tegur Harimau Malaya, Anggap Faiz Nasir Lebih Layak Masuk!

Dickson Tegur Harimau Malaya, Anggap Faiz Nasir Lebih Layak Masuk! Skuad Harimau Malaya menerima kritik hebat daripada para penyokong sendiri dimana mereka tewas 0-1 dengan pasukan Singapura dalam aksi Piala Airmarine 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Tambahan lagi, pemilihan pemain yang dibuat oleh jurulatih skuad negara Tan Cheng Hoe dikritik hebat kerana ada sebilangan pemain tidak sesuai untuk menggalas dalam kejohanan kali ini.

Malah dalam perlawanan tersebut, penyokong tegar skuad Harimau Malaya ‘Ultras Malaya’ turut memboikot Kejohanan Piala Airmarine susulan harga tiket yang kurang muhasabah buat penyokong Malaysia. Jika dilihat pemilihan pemain yang membarisi kesebelasan utama sehinggalah kepada penggantian pemain, rata-rata penyokong rasa tidak berpuas hati dan dianggap ada pemain ‘pilih bulu’.

Dickson Tegur Harimau Malaya, Anggap Faiz Nasir Lebih Layak Masuk!

Lebih bertambah duka buat penyokong Harimau Malaya semakin membuak apabila pertukaran ketiga dilakukan oleh Tan Cheng Hoe dengan mengeluarkan Syazwan Zainon dan memasukkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-71. Hal ini kerana Hazwan Bakri sudah semusim lebih tidak mendapat minit bermain yang kerap bersama Johor Darul Takzim dan lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Selain itu, penyokong turut mempertikai kenapa pemain yang sedang memuncak seperti Faiz Nasir atau Hadin Azman tidak dimasukkan. Dan juga pemain yang lebih banyak bermain seperti Syahrul Azwari Ibrahim atau Rozaimi Rahman tidak langsung dipanggil?

Dickson Tegur Harimau Malaya, Anggap Faiz Nasir Lebih Layak Masuk!

Tidak terkecuali pemain import Pahang, Dickson Nwakaeme turut menegur keputusan jurulatih Harimau Malaya yang rasanya pemilihan tidak tepat. Menerusi laman sosial Instagram Dickson Nwakaeme membalas komen comrademalaya.my dengan mengatakan, ‘Totally agree Faiz Nasir is in good form. Selection should be based by form not name. Just my opinion they.’

Dickson Hadir Saksikan Perlawanan di Bukit Jalil

Dickson yang turut hadir ke Bukit Jalil berkata lagi, “Saya mengikuti bola Malaysia dengan cukup rapat dan saya amat bersetuju dengan pandangan bahawa beberapa pemilihan pemain menimbulkan keraguan. Sekali lagi ini cuma pandangan peribadi saya sebagai seorang pemain bolasepak,”

Malaysia bakal berdepan dengan pasukan Afghanistan dalam penentuan tempat ketiga Piala Airmarine 2019. Manakala, Singapura akan menentang Oman dalam aksi akhir kejohanan itu.

Kredit Foto : FAM, IG comrademalaya.my

Related Posts

Add Comment