FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil

FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil. Skuad Malaysia bakal berdepan dengan Singapura dalam kejohanan Piala Airmarine 2019 pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun begitu, kejohanan ini mendapat tentangan hebat daripada Ultras Malaya kerana harga tiket yang dikatakan terlalu mahal. Ekoran itu, mereka kata sepakat memboikot kejohanan ini dan tidak akan turun dalam dua perlawanan yang akan berlangsung.

Dalam satu sesi temubual, kapten Harimau Malaya Zaquan Adha agak kecewa tindakan yang dilakukan oleh Ultras Malaya yang tidak akan menjadi ekor pasukan kebanggaan dalam kejohanan ini. Sudah pasti tindakan itu bukanlah solusi terbaik untuk menyatakan tidak rasa puas hati terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Disebabkan tindakan itu hanya akan menjadikan skuad kebangsaan dan para pemain sebagai mangsa.

FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ultras Malaya yang mahu memboikot aksi skuad Harimau Malaya di Kejohanan Piala AirMarine 2019 yang dijadualkan pada 20 Mac dan 23 Mac ini. Hal ini kerana Ultras Malaya tidak berpuas hati dengan harga tiket RM35 serta tanggapan skuad kebangsaan dieksploitasi oleh pihak tertentu.

Walau bagaimanapun, Stuart Ramalingam menggesa penyokong bola sepak negara tampil memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya dalam kejohanan bola sepak empat negara, Piala AIRMARINE 2019 yang akan berlangsung pada hari ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. FAM juga menafikan dakwaan kononnya skuad Harimau Malaya dijadikan alat mengaut keuntungan sehingga harga tiket dinaikkan.

FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil

Stuart berkata, “Dari sudut pemasaran dan komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula ke dalam bentuk pembangunan pasukan kebangsaan pelbagai peringkat umur. Sebagai badan induk yang berdepan masalah kewangan terhad, FAM mengalu-alukan tawaran pihak ketiga seperti ProEvents menganjurkan kejohanan sebegini.”

ProEvents sebagai Promoter Piala Airmarine

Tambahnya lagi, bagi Piala AIRMARINE 2019, ProEvents sebagai promoter kejohanan ini mengambil risiko menganjurkan kejohanan sebegini dengan mencari sumber tajaan sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga negara ke Kuala Lumpur.

“Justeru, harga jualan tiket yang telah ditetapkan itu adalah bagi menampung kos-kos yang berkaitan. Sebelum ProEvents meraih apa-apa keuntungan, mereka perlu menampung terlebih dahulu kos yang telah dibelanjakan bagi menjayakan kejohanan ini.”

“FAM menerima RM300,000 daripada ProEvents sebagai yuran penganjuran. Daripada yuran itu, FAM menggunakan wang berkenaan untuk membiayai kos operasi, bonus pasukan selain dikembalikan kepada bola sepak menerusi pengurusan pasukan-pasukan kebangsaan yang lain iaitu pasukan B-16, B-19, wanita dan juga futsal.”

FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil

Jadi harga tiket RM35 untuk menyaksikan dua perlawanan bagi setiap hari perlawanan Piala AIRMARINE 2019 ini seharusnya tidak dijadikan isu oleh penyokong tegar skuad Kebangsaan, Ultras Malaya. Stuart ujar lagi, FAM telah menanggung kerugian daripada hasil jualan tiket bagi tiga perlawanan persahabatan menentang Bhutan, Maldives dan Fiji pada tahun lalu selepas ditolak segala kos penganjuran.

Di sebalik kos penganjuran yang tinggi, FAM sentiasa mentikberatkan usaha memenuhi tuntutan semasa dan mengambil kira pandangan penyokong yang mendesak sistem tiket di stadium dipertingkatkan.

Pengenalan Kod QR Untuk Sistem Kemasukan ke Stadium

Sebab itu sistem kemasukan ke stadium menggunakan Kod QR diperkenalkan pada kejohanan Piala AIRMARINE 2019. Pengenalan Kod QR dan sebarang penambah baikan dalam bentuk akses ke dalam stadium memberi kesan kewangan kepada FAM.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai harga tiket Piala AIRMARINE 2019 berjumlah RM35 untuk dua perlawanan manakala harga tiket serendah RM20 untuk dua perlawanan bagi Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam, ada perbezaan bagi kedua-dua kejohanan ini.

“Kos penganjuran Piala AIRMARINE 2019 ditanggung sepenuhnya oleh ProEvents tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak manakala Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, biarpun dianjurkan oleh FAM selaku tuan rumah, kos penganjurannya mendapat sedikit geran atau bantuan kewangan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).”

Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC Dapat Geran Daripada Badan Induk Itu

Atas sebab itulah FAM dapat mengenakan harga tiket serendah RM20 bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Sebagai perbandingan, negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia mengenakan harga tiket yang lebih mahal untuk perlawanan antarabangsa, dengan anggaran sekitar RM28 hingga RM84 sekeping. Dalam Piala AFF 2018, Vietnam mengenakan harga tiket dari RM36 hingga RM108 sekeping.

FAM Mengulas Harga Tiket Piala Airmarine, Rayu Penyokong Hadir ke Bukit Jalil

FAM berharap penyokong sejati terus memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dan tidak mudah terhasut dengan dakwaan bersifat berat sebelah. Sokongan anda diperlukan dalam membantu pemain menjiwai misi yang boleh mencerahkan harapan pasukan kebangsaan dalam misi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bermula pertengahan tahun nanti.

Sumber : FAM

Foto Kredit : Ultras Malaya, FAM, Lensa Ayid

Related Posts

Add Comment