Tiada Dana Dalam Akaun, Rayuan Perlis Ditolak MFL!

Tiada Dana Dalam Akaun, Rayuan Perlis Ditolak MFL!. Minggu lalu, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pasukan Perlis Northern Lions disingkirkan daripada beraksi Liga Malaysia 2019 berikutan tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk musim ini. Berikutan itu, PFA telah mengemukakan permohonan rayuan bersertakan dokumen kewangan kepada pihak MFL.

Namun, menerusi makluman terkini daripada laman MFL, mengumumkan bahawa rayuan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) untuk kembali beraksi Liga Malaysia 2019 ditolak MFL. Menyaksikan pasukan Singa Utara itu tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Premier musim 2019.

Tiada Dana Dalam Akaun, Rayuan Perlis Ditolak MFL!

Keputusan penolakan rayuan ini dipersetujui oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL semalam selepas PFA mengemukakan dokumen sokongan kewangan. Dalam proses rayuan ini, antara dokumen yang diminta oleh MFL adalah jumlah wang penajaan yang akan didepositkan dalam akaun escrow dengan peguam.

Tiada Dana Dalam Akaun, Rayuan Perlis Ditolak MFL!

“Setelah mengkaji dokumen yang dikemukakan oleh PFA, surat dari peguam penaja berpotensi menyatakan bahawa penaja berpotensi hanya akan mendeposit dana penajaan sebanyak RM8,000,000 jika rayuan Perlis dibenarkan. Ini jelas tidak memenuhi tuntutan MFL yang mahu dana penaja dimasukkan terlebih dahulu dalam akaun escrow.

“Justeru Lembaga Ahli Pengarah MFL telah memutuskan untuk menolak rayuan Perlis dan keputusan untuk menyingkirkan Perlis daripada Liga Premier 2019 dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Kredit Foto / Sumber : MFL

Related Posts

Add Comment