Harga Jersi Baharu JDT 2020 Bermula RM185 Sehingga RM549

Harga Jersi Baharu JDT 2020 Bermula RM185 Sehingga RM549. Menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers telah mengumumkan harga jersi baharu Johor Darul Ta’zim musim 2019 bermula RM185 sehingga RM549. Penyokong JDT sudah pastinya sangat teruja dimana jersi baharu tersebut akan dilancarkan pada 12 Januari 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Harga Jersi Baharu JDT 2019 Bermula RM185 Sehingga RM549

Untuk musim 2019, JDT hanya menggunakan jersi home dan away terbaru yang direka khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat. Tahun lalu, JDT menampilkan tiga jersi termasuk jersi alternate. Pada musim ini, juara Liga Super 2018, JDT hanya tampil dalam dua variasi iaitu Jersi Authentic (Player Issue) dan Jersi Replika (Fans Issue). Lebih membanggakan skuad Harimau Selatan dimana jersi mereka direka oleh pasukan pereka grafik yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain (PSG) dan skuad kebangsaan Brazil.

Harga Jersi Baharu JDT 2020 Bermula RM185 Sehingga RM549

Untuk “Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit). Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.

Harga Jersi Baharu JDT 2019 Bermula RM185 Sehingga RM549

Manakala, varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. “Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

Bagi anda peminat dan penyokong Johor Darul Ta’zim yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang rekaan, harga dan saiz, sila ramai-ramai hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Jersi JDT 2019 di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Lokasi Jualan Jersi JDT 2020

Sempena pelancaran jersi baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) musim 2019 pada malam ini, jualan serentak turut diadakan di setiap daerah negeri Johor. Para penyokong JDT boleh mendapatkan jersi tersebut di lokasi berikut;

Harga Jersi Baharu JDT 2019 Bermula RM185 Sehingga RM549

1. Johor Bahru – Dataran Bandaraya Johor Bahru
2. Tangkak – Dataran Ledang
3. Kluang – Dataran Tasik
4. Kulai – Southern Tiger Hub, Jalan Cengal
5. Pontian – Dataran Majlis Daerah Pontian
6. Mersing – Dataran Teko, Pantai Mersing
7. Segamat – Perkarangan U-Sentral, Segamat
8. Batu Pahat – Arena Warna, Ayer Hitam
9. Muar – Dataran Tanjung Emas
10. Kota Tinggi – SRCC Tenggara

Pastikan anda dapatkan jersi baharu JDT yang original.

BACA JUGA : Jadual Perlawanan Johor Darul Ta’zim 2020 Liga Super 

Kredit Foto : Johor Southern Tigers

Related Posts

Add Comment