Al-Ikhsan Perkenalkan Jersi Ketiga Terengganu FC Musim 2019. Al-Ikhsan memperkenalkan jersi ketiga (alternate) pasukan Terengganu Football Club (TFC) dimana jersi ini hadir dengan tema ‘Be The Difference’. Jersi ketiga Terengganu FC ini menggunakan konsep warna yang lain daripada lain iaitu ‘golden yellow’ dan ungu bagi membawakan satu rekaan yang istimewa dan lebih unik. Jersi ini akan digunapakai oleh pemain Sang Penyu untuk saingan Liga Malaysia musim 2019.
Warna jersi ketiga TFC ini mengambil inspirasi daripada kelab-kelab ternama eropah seperti Real Madrid, Manchester United dan Juventus yang mengeluarkan jersi dengan warna dan rekaan ‘rare’ dan lain daripada warna rasmi kelab mereka bagi jersi ketiga mereka.
Al-Ikhsan Perkenalkan Jersi Ketiga Terengganu FC Musim 2019
Menerusi laman rasmi Terengganu Football Club, mengumumkan jersi serba kuning ini akan menemui peminat-peminat TFC pada 19 April ketika perlawanan Liga Super ke-10 menentang Felda United FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Jersi ketiga Terengganu FC ini juga bakal dijual kepada orang ramai di kesemua butik Al-Ikhsan, Football Republic, TFC Merchandise Store dan juga Turtle Store bermula jumaat ini. Jersi ketiga ini juga mempunyai dua gred iaitu Player Issue dan juga Ultra Fit. Jersi ini akal dijual dengan harga RM99.00 (Player Issue) dan RM139.00 (Ultra Fit).
Foto Kredit : Terengganu Football Club