Misi Perak ke Grouping ACL 2019 Musnah, Tewas Besar Kepada Ulsan Hyundai. Selepas kemenangan pasukan Perak ke atas Kitchee SC dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC tempoh lalu memberikan gambaran bahawa skuad The Boss Gaurus bakal mengikut jejak satu lagi pasukan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim. Namun nasib tidak menyebelahi buat skuad kendalian Mehmet Durakovic dimana pasukan itu tewas besar 1-5 kepada pasukan dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
Misi Perak ke Grouping ACL 2019 Musnah, Tewas Besar Kepada Ulsan Hyundai
Mungkin keadaan cuaca terlalu sejuk di Stadium Ulsan Munsu membuatkan pemain-pemain Perak kurang selesa dengan situasi itu. Namun mereka terpaksa akur kekuatan pasukan Ulsan Hyundai yang lebih mendominasi perlawanan ini.

Pasukan Perak ketinggalan 0-1 kepada Ulsan Hyundai apabila pemain pertahanan mereka, Amirul Azhan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-22. Babak pertama keputusan berakhir 0-1 memihak kepada Ulsan Hyundai.
Masuk masa kedua, nampaknya skuad Perak cuba untuk memberi saingan dengan melakukan serangan kepada pihak lawan. Tetapi, keputusan itu tidak menyebelahi apabila Mix Diskerud berjaya mencetak dua gol dalam tempoh dua minit iaitu pada minit ke 56′ dan 58′.
Skuad Ulsan Hyundai terus mendominasi permainan dan berjaya mencetak satu gol lagi pada minit ke-69 setelah Lee Dong-Gyeong bijak menyempurnakan jaringan. Apabila perlawanan seakan-akan nak berakhir, kehampaan pemain Perak dihukum lagi sekali apabila Junior Negrao menjaringkan gol pada minit ke-86.

Gol saguhati pasukan Perak dihasilkan oleh Nazirul Che Hashim pada minit 89′. Keputusan tamat dimana pasukan Perak tewas 1-5 kepada Ulsan Hyundai sekaligus tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019.
Kredit Foto : ACL,