JDT Kembali Kuasai Carta Liga Super, Tok Gajah Ketinggalan Dua Mata!

JDT Kembali Kuasai Carta Liga Super, Tok Gajah Ketinggalan Dua Mata! Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali menerajui carta liga selepas membenam PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Minggu lalu, skuad JDT kendalian Luciano Figueroa menewaskan Selangor dengan keputusan 4-2. Kini, PKNP FC menjadi mangsa seterusnya selepas gagal menyaingi perlawanan yang sepenuhnya dikawal oleh pemain JDT.

Daripada enam perlawanan yang telah berlangsung, JDT mencatatkan lima kemenangan dan satu seri menyaksikan skuad Harimau Selatan mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengutip 16 mata. Pasukan pencabar terdekat Liga Super, Pahang hanya ketinggalan dua mata di tangga kedua walaupun menang ke atas Kedah FA.

JDT Kembali Kuasai Carta Liga Super, Tok Gajah Ketinggalan Dua Mata!

Pasukan PKNP FC ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama dimana Leandro Velazquez membuka gol pembukaan pada minit ke-27, diikuti sepakan penalti Diogo Luis Santo dan Gonzalo Cabrera masing-masing pada minit ke-36 dan 41′.

Dengan kekalahan di Larkin, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim masih gagal mencatat sebarang kemenangan selepas mengharungi enam perlawanan. Dalam perlawanan itu, gandingan pengendali JDT dengan pembantunya, Benjamin Mora melakukan rombakan dengan menampilkan Akhyar Rashid dalam kesebelasan utama termasuk Kunanlan dan Nazmi Faiz Mansor.

JDT Kembali Kuasai Carta Liga Super, Tok Gajah Ketinggalan Dua Mata!

Skuad JDT akan berkunjung ke Stadium Darul Aman pada 31 Mac untuk bertemu dengan pasukan Kedah kendalian Aidil Shahrin. Sudah pastinya ia satu perlawanan yang sangat ditunggu-tunggu buat penyokong Johor Darul Ta’zim dan Helang Merah.

Kredit Foto : Johor Southern Tigers

Related Posts

Add Comment