Akhyar Bersyukur Tidak Ke Perlis. Kami yakin bahawa anda semua sudah mengetahui berita beberapa pemain Perlis FA sah meninggalkan pasukan itu walaupun perlawanan baru masuk perlawanan ke tiga. Namun seorang demi seorang meninggalkan pasukan itu untuk pergi ke pasukan lain.
Akhyar Bersyukur Tidak Ke Perlis
Perkara ini terjadi apabila dikatakan pihak pengurusan gagal membayar gaji mereka sehingga mereka terpaksa mengikat perut masing-masing setelah beberapa bulan gaji tidak diterima.
Orang yang paling patut bersyukur adalah Akhyar rashid. Ya benar Akhyar patut bersyukur kerana tidak ke Perlis jika tidak pasti dia juga akan menerima nasib yang sama seperti pemain lain.
Sepanjang Johor Darul Ta’zim dipegang oleh Tunku Mahkota Johor kita tidak pernah dengar masalah dalaman pasukan ini berkaitan isu kewangan. Tidak ada lagi pemain lari dari johor disebabkan pemain tidak dibayar gaji.
Jadi kami yakin bahawa isu yang berlaku di Perlis akan dijadikan pengajaran yang sangat berharga untuk semua pemain bolasepak. Mereka ini hanya bermain sekejap sahaja nanti mereka terpaksa diketepikan.
Jadi pada zaman kemuncak inilah patut mereka buat duit.
Akhyar dilamar Perlis
Pada pra musim yang lalu, beberapa pasukan menyatakan hasrat mereka untuk membawa masuk pemain muda ini kedalam pasukan daripada Kedah (walaupun pada ketika itu kedah tidak melepaskan pemain ini).
Namun setelah beberapa pasukan hanya menyatakan hasrat mereka nampak bersemangat adalah pasukan perlis yang hadir terus didepan rumah akhyar untuk membawa pemain itu masuk ke dalam pasukan mereka.
Ramai peminat bolasepak tanah air menyatakan bahawa pemain ini harus pergi ke Perlis kerana pasukan itu bersungguh-sungguh. Bukan itu sahaja sekiranya akhyar ke Perlis pasti pemain itu akan mendapat lebih banyak masa untuk berada di kesebelasan utama pasukan berbanding JDT.