Jersi Baharu JDT 2019 Direka Khas di Ibu Pejabat Nike

Jersi Baharu JDT 2019 Direka Khas di Ibu Pejabat Nike. Sudah tentu peminat dan penyokong kelab Johor Darul Ta’zim ternanti-nanti jersi baharu JDT musim 2019 yang akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat. Menurut daripada portal Johor Southern Tigers, pelancaran jersi baharu JDT untuk saingan Liga Malaysia musim 2019 akan berlangsung pada minggu kedua Januari 2019.

Jersi Baharu JDT 2019 Direka Khas di Ibu Pejabat Nike

Jersi Baharu JDT 2019 Direka Khas di Ibu Pejabat Nike

Apa yang menariknya jersi JDT kali ini adalah kerana rekabentuk jersi keluaran Nike itu direka khas di ibu pejabat Nike Amerika Syarikat untuk kelab Harimau Selatan ini. Sudah pastinya jersi ini berbeza daripada rekabentuk jersi sebelumnya khas buat JDT sahaja.

JDT menjanjikan penampilan dalam pelancarannya satu kelainan dari yang lain menjadikan majlis itu nanti akan diingati oleh penyokong JDT khususnya dan penyokong bola sepak tempatan amnya.

Sebelum ini, pasukan JDT pernah menggunakan jersi dari jenama Nike untuk empat musim (2014, 2015, 2017 dan 2018). Tiga tahun berturut-turut JDT menggunakan jersi dari jenama Nike iaitu dari 2017 hingga 2019.

Kredit Info & Foto : JST

Related Posts

Add Comment