Akhyar Rashid Bakal Ke Johor Darul Ta’zim?

Adakah Akhyar Rashid bakal ke Johor Darul Ta’zim musim depan? Sebelum ini ada ura-ura mengatakan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mahukan khidmat Akhyar Rashid melalui ‘pintu belakang’ tanpa rundingan dengan Kedah Fa, namun Pengarah Teknikal JDT menafikan tuduhan tersebut.

Akhyar Rashid Bakal Ke Johor Darul Ta'zim?

Menerusi makluman terkini daripada laman media sosial rasmi JOHOR Southern Tigers, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest menyatakan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan telah memulakan rundingan bersama pemain muda berbakat daripada Kedah FA iaitu Akhyar Rashid.

Akhyar Rashid Bakal Ke Johor Darul Ta’zim?

Martine Prest mendakwa Akhyar yang juga merupakan pemain skuad Harimau Malaya telah diisytihar sebagai pemain bebas sejak 2 minggu lalu. Katanya lagi, rundingan yang dibuat bersama Akhyar Rashid adalah untuk memperkuatkan pasukan JDT yang akan beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC pada musim 2019.

Akhyar Rashid Bakal Ke Johor Darul Ta'zim?

Sebelum ini, berlaku sedikit kekecohan melibatkan Akhyar Rashid dengan majikannya yang masih mempunyai baki kontrak 1 tahun bersama Helang Merah meminta untuk dilepaskan. Namun, mereka enggan melakukan demikian dan mahu Akhyar Rashid menghormati kontraknya yang masih berbaki setahun.

Tanpa teragak-agak, Akhyar Rashid yang kecewa akhirnya mengadu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk dijadikan sebagai orang tengah bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan bahawa nilai tebusan kontrak Akhyar adalah berjumlah RM210,000 dan mana-mana pasukan yang ingin mengikatnya perlu membayar pampasan latihan sebanyak RM75,000 kepada pasukan Hijau Kuning.

Kredit Foto : JST, FAM

Related Posts

Add Comment