Bekas Pengendali England Sven-Goran Eriksson Pilih Vietnam Pasukan Pilihan Muncul Juara. Pasukan mana yang akan beraksi pentas akhir Piala Suzuki AFF 2018 telah terjawab dimana pasukan Malaysia dan Vietnam berjaya mengisi slot tersebut. Kedua-dua pasukan berjaya menewaskan pasukan lawan masing-masing dimana Malaysia menewaskan 2-2 kelebihan tempat lawan manakala Filipina terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 dengan Vietnam. Mampukah skuad Harimau Malaya akan mengulangi lagi sekali kejayaan semasa Piala Suzuki AFF 2010?

Bekas Pengendali England Sven-Goran Eriksson Pilih Vietnam Pasukan Pilihan Muncul Juara
Menurut kata pengendali Filipina dan juga bekas jurulatih England, Sven-Goran Eriksson memilih Vietnam sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Suzuki AFF 2018. Jika sebelum ini pada awal kemasukan beliau ke pasukan Filipina mengatakan skuadnya mampu menjulang kejuaraan itu.
Namun dakwaannya meleset dimana pasukan Vietnam berjaya menewaskan The Azkals dengan aggregat 4-2. Menurut kata Sven-Goran Eriksson seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro ;
“Saya berasakan Vietnam adalah pasukan terbaik dalam kejohanan ini.”
“Pada awalnya saya fikirkan Filipina adalah pasukan terbaik tetapi tidak.”
“Vietnam sudah pasti pasukan pilihan untuk muncul juara.”
Berdasarkan prestasi pasukan Vietnam yang dikendalikan oleh jurulatih Korea Selatan, Park Hang-seo adalah yang terbaik dimana belum mengalami sebarang kekalahan dalam sepanjang Piala Suzuki AFF 2018.
Lebih lagi mereka berjaya menewaskan pasukan Malaysia 2-0 ketika saingan di peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2018 di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Mampukah skuad negara menebus kekalahan di Stadium Nasional My Dinh tempoh lalu? Sama-sama nantikan perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2018 yang akan berlangsung pada 11 Disember dan 15 Disember 2018.