Biodata Anmar Almubaraki Pemain Import Kedah 2019. Liga Super Malaysia musim 2018 telah berlabuh tirai menyaksikan pasukan Kedah FA tidak berjaya menempatkan dalam 5 pasukan terbaik. Skuad Helang Merah kendalian jurulatih baharu telah membuat rombakan besaran-besaran pemain import termasuk pemain tempatan. Menerusi portal FB Kedah FA telah mengumumkan pemain import baharu iaitu Anmar Almubaraki. Khabarnya Anmar Almubaraki akan menggantikan Liridon Krasniqi dalam slot pemain import Asia pada musim 2019.
Anmar Fares Abdul Jabar atau lebih dikenali sebagai Anmar Almubaraki merupakan pemain kelahiran Iraq dan bermain di bahagian attacking midfield. Menurut statistik, Anmar Almubaraki pernah bermain beberapa kelab antaranya Heracles Almelo, FC Emmen, Telstar, Denizlispor, Syrianska dan Army United. Kemasukan pemain ini sudah pastinya untuk memperkuatkan pasukan di bahagian serangan. Mampukah Anmar Almubaraki menggalas tugas berat sebagai pemain tengah Kedah FA?
Biodata Anmar Almubaraki Pemain Import Kedah 2019
Berikut adalah biodata Anmar Almubaraki pemain import baharu pasukan Kedah musim 2019 :
Nama Penuh: Anmar Fares Abdul Jabar
Nama Popular: Anmar Almubaraki
Asal: Basra, Iraq
Umur: 27 Tahun (2018)
Posisi: Attacking Midfielder
Ketinggian : 1.73m
Kelab Dahulu: Heracles Almelo, FC Emmen, Telstar, Denizlispor, Syrianska dan Army United
Kelab Sekarang: Kedah FA (2019)
Pengumuman Anmar Almubaraki dari Portal FB Kedah FA
Semoga kehadiran Anmar Almubaraki dapat memperkuatkan jentera serangan pasukan Kedah FA dalam mengharungi Liga Super Malaysia musim 2019. Selamat maju jaya! Jangan lupa follow ig @arenasukandotnet dan page FB Arenasukan.